Buletin

HONDA MALAYSIA BUKA TEMPAHAN HR-V BAHARU. LANCAR SUKU KETIGA TAHUN INI

Honda Malaysia membuka tempahan model terbaharu HR-V di semua pengedar Honda di Malaysia.

Model terbaharu itu dibangunkan dengan konsep ‘AMP UP YOUR LIFE’, menawarkan gaya luar biasa dan sentuhan premium.

Begitupun, SUV terbaharu yang akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini masih mengekalkan pendekatan praktikal HR-V.

Honda HR-V serba baharu ditawarkan dalam varian petrol dan hibrid (e:HEV) dengan ukuran sepanjang 4,385 mm, 1,790 mm lebar, tinggi 1,590 dengan jarak antara roda 2,610 mm.

Varian RS pula bakal menampilkan trenkuasa hibrid e:HEV yang dikuasakan sistem i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 131 PS dan 253 Nm, serta tiga pilihan mod pemanduan iaitu ECON, Normal dan Sport.

Ia memiliki ukuran 39mm lebih panjang dan 15mm lebih pendek berbanding model terdahulu.

Honda HR-V terbaharu menampilkan rekaan New Front Grill pada bahagian hadapan manakala bahagian belakang mendapat sentuhan gaya fastback dengan reka bentuk anggun dan persembahan aerodinamik.

Ia turut hadir dengan LED Sequential Turn Signals pada bahagian hadapan dan jalur lampu LED di belakang menyerlahkan sisi premium luaran jentera.

Honda HR-V baharu itu juga didatangkan lampu nyalaan siang DRL, lampu kabus LED, serta rim aloi bersaiz 18 inci.

Ciri-ciri menarik lain termasuk Honda LaneWatch dan Honda SENSING seperti:

  • Lead Car Departure Notification (LCDN)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low Speed Follow (LSF)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Untuk membuat pra-tempahan HR-V terbaharu, boleh memasuki prebook.honda.com.my  atau memuat turun aplikasi HondaTouch pada telefon pintar mereka.

Maklumat lanjut berhubung HR-V terbaharu boleh mengunjungi pengedar sah Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau log masuk ke www.honda.com.my.

Google ads
Back to top button