Buletin

HONDA MALAYSIA SERAH 2,200 UNIT HONDA WR-V, VARIAN RS SUMBANG 60 PERATUS HASIL JUALAN

Sebanyak 2,200 unit Honda WR-V serba baharu telah dihantar kepada pelanggan dalam tempoh sebulan selepas pelancaran rasminya pada Julai 2023.

Honda Malaysia turut meraikan pelanggan pertama yang mendaftarkan tempahan Honda WR-V iaitu Nurain Binti Mohamad di Accord Auto Sdn.Bhd Ogos lalu.

Sebagai tanda penghargaan, Nurain dihadiahkan dengan aksesori Honda, Ultra Glass Body Coating serta barangan rasmi, bernilai RM5,000.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura berkata, “Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelanggan kami atas kepercayaan mereka terhadap Honda dan sokongan untuk WR-V serba baharu.”

“Sejak dilancarkan, model ini telah diterima baik di pasaran dan mencapai prestasi jualan luar biasa. Varian RS adalah penyumbang terbesar, mencatat 60 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan setakat ini.

“Kami juga berbesar hati berkongsi bahawa WR-V serba baharu ialah model kedua terlaris dalam barisan Honda untuk bulan Julai 2023.”

Untuk rekod, Honda WR-V bagi pasaran negara kita didatangkan dalam empat varian iaitu RS, S, E dan V.

Di bahagian dalam, ia dilengkapi skrin sesentuh 7-inci untuk sistem infotainmen Display Audio, ketersambungan telefon pintar, suis arahan suara, empat pembesar suara, port kuasa pada tempat duduk belakang, dan juga sistem penghawa dingin dengan kawalan digital.

RS pula datang dengan tambahan paddle shifter, ruang dalaman kemasan jahitan merah, perehat lengan belakang, enam-pembesar suara serta Honda Connect telematik.

Selain itu, pakej Honda Sensing didatangkan secara standard untuk kesemua varian, merangkumi:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM dengan LDW),
  • Auto High-Beam (AHB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lead Car Departure Notification System (LCDN)
  • LaneWatch (Varian RS)

Beralih kepada kuasa, Ia dipacu oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC, menghasilkan 119hp serta tork 145Nm. Nadi berkenaan dipadankan bersama Transmisi CVT teknologi G-design untuk keseimbangan antara prestasi dan bahan api.

Google ads
Back to top button