Motosikal

YAMAHA LANCAR FZ 25 DI PASARAN INDIA

Sebagaimana yang kita tahu, pasaran India memang terkenal dengan model-model street atau naked bersesaran kecil. Terbaharu, Yamaha India melancarkan model terbaharunya, FZ 25 (Yamaha MT-25).

Sekali pandang, ia seperti model yang lebih besar dan matang. Bukan itu sahaja, FZ hadir dengan pelbagai ciri menarik seperti lampu LED dan kluster instrumen LCD baharu. Tidak terkecuali, ,rim aloi yang mengambil inspirasi rekaan siri MT.

FZ 25 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal empat lejang dua injap bersesaran 249cc yang mampu menjana kuasa 21hp dan tork 20Nm. Enjin itu telah ditala khas untuk kondisi trafik di India.

BACA: YAMAHA SAHKAN PRODUKSI MT-03

Ia turut menggunakan teknologi BLUE CORE Yamaha yang fokus kepada peningkatan kecekapan kebuk pembakaran, penyejukan serta mengurangkan masalah kehilangan kuasa. Yamaha mendakwa tahap penggunaan bahan api adalah sekitar 43km bagi setiap liter petrol.

Hanya seberat 148kg, jentera itu dipasang dengan tangki minyak berkapasiti 14 liter. Roda hadapannya menggunakan suspensi fork teleskopik dan monoshock di belakang. Walaupun dilengkapi brek cakera, namun ia tidak disertakan dengan sistem brek ABS.

Yamaha Motor India menawarkan FZ 25 pada harga ₹ 1,19,500 (sekitar RM6,500) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button