Motosikal

REPSOL PERBAHARUI TAJAAN DENGAN HONDA SEHINGGA 2022

Pasukan MotoGP Honda dilapor bersetuju untuk memperbaharui penajaan dengan gergasi minyak Sepanyol, Repsol bagi tempoh dua tahun lagi sehingga akhir 2022.

Repsol menjadi penaja bersama (title sponsor) sejak tahun 1995 dan merupakan antara kerjasama paling lama dalam saingan MotoGP. Ia turut menyaksikan 15 pelumba seperti Mick Doohan, Valentino Rossi, Nicky Hayden, Casey Stoner dan Marc Marquez dinobat sebagai juara dunia.  

Baru-baru ini, timbul khabar angin bahawa Repsol mungkin mahu menamatkan kerjasamanya dengan Honda mulai tahun 2021. Repsol kemudian katanya bakal digantikan dengan pengeluar minuman tenaga Red Bull, biarpun jenama itu sudahpun menjadi penaja kedua pada jentera RC213V. 

Red Bull kini merupakan penaja title untuk pasukan factory KTM dan melihat Marquez sebagai atlet berprofail paling tingginya. 

Honda sememangnya berdepan kempen MotoGP 2020 yang sukar berikutan ketiadaan Marquez yang terpaksa berehat akibat kecederaan bahu. Dia akan terus berada di bangku simpanan dengan tempatnya diambil alih oleh penunggang uji HRC, Stefan Bradl. 

Podium pertama Honda dihadiahkan oleh Alex Marquez pada hujung mingu lalu di litar Le Mans apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. 

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan KTM Tech3 tidak lagi akan ditaja oleh Red Bull untuk saingan 2021. 

Google ads
Back to top button