Motosikal

MARC MARQUEZ MEREMPIT ATAS SALJI DENGAN REPSOL HONDA RC213V DI AUSTRIA!

Juara MotoGP sebanyak tiga kali, Marc Marquez menguji keupayaan diri dan jentera Repsol Honda RC213V di Austria.

Bertempat di Kitzbühel Alps, dia menunggang jentera tersebut di atas permukaan yang diliputi salji sepenuhnya. Kitzbühel Alps disifatkan sebagai litar untuk pertandingan ski paling sukar di dunia.

Marquez dibantu oleh pelumba lagenda ice speedway dari Austria, Franky Zorn. Bagi mengelakkan RC213V itu tergolek sebaik sahaja mencecah permukaan bersalji, tayarnya dipasang dengan 483 batang paku.

BACA: VERSI JALANAN HONDA RC213V-S 

“Sangat sukar mengawal motosikal ini. Tetapi, saya masih muda dan memang seronok untuk melakukan kerja gila seperti ini. Selepas beberapa percubaan, kami dapat merasakan bahawa tunggangan ini boleh dilakukan dengan jayanya.

“Jentera ini disiapkan sebaiknya. Aspek cengkamannya juga sukar dipercayai, walaupun ketika saya melakukan aksi wheelie!” kata Marquez dengan penuh teruja.

Dengan tunggangan ini, Marquez menjadi individu pertama yang menunggang jentera MotoGP di litar bersalji tersebut.  

Memandangkan video ini masih belum dimuat naik ke laman YouTube, anda boleh menontonnya di laman Redbull di SINI. Kena tengok, memang menarik!

Kredit foto/video: redbull.com

Google ads
Back to top button