Motosikal

HONDA SPACY 2016 – RM4,999

 

Boon Siew Honda hari ini melancarkan skuter Honda Spacy bersama penampilan lebih menarik.

Honda-Spacy-2016-mekanika (5)

Perubahan paling ketara pada model terbaharu dalam siri skuter Honda ini ialah pada bahagian luarannya. Ia langsung tidak dilekatkan dengan sebarang stiker. Sebaliknya digantikan dengan emblem krom bersaiz besar pada kedua-dua sisinya.

Spacy baharu mengekalkan ciri-ciri utama yang ada pada model terdahulu. Misalnya, kotak utiliti U-Box berkapasiti 18 liter dan tangki minyak 5.2 liter. Ruang penyimpanan barang di hadapan boleh menempatkan botol air 500ml. Untuk memudahkan penunggang membawa barang, satu cangkuk turut disediakan.

Honda-Spacy-2016-mekanika (1)

Tempat memasukkan kunci pula akan menyala dan ia dilengkapi sistem kunci magnetik. Aspek keselamatan Spacy dipertingkatkan menerusi fungsi kunci tuil brek. Ciri ini dapat mengelak daripada penunggang memecut secara tidak sengaja ketika enjin melahu.

Spacy hadir bersama ciri Side Stand Switch. Enjin akan dimatikan secara automatik sebaik sahaja tongkat sisi diturunkan. Sistem brek ditambah baik dengan penggunaan brek cakera pada roda hadapan.

Honda-Spacy-2016-mekanika (7)

Lampu utama Spacy kini menggunakan mentol halogen. Malah pencahayaan lampu isyarat membelok juga ditingkatkan demi keselamatan penunggang dan pembonceng.

Skuter ini dikuasakan oleh enjin empat lejang silinder tunggal OHC dengan Teknologi Honda V-Matic. Enjin ini dikatakan cukup ekonomikal dengan catatan penggunaan bahan api sekitar 41.5km bagi setiap liter petrol.

Honda-Spacy-2016-mekanika (11)

Spacy didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu merah, putih dan hitam. Ia boleh anda miliki pada harga RM4,999 seunit bersama jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan sejauh 20,000km.

GALERI

Honda-Spacy-2016-mekanika (2)Honda-Spacy-2016-mekanika (6)Honda-Spacy-2016-mekanika (8)Honda-Spacy-2016-mekanika (9)Honda-Spacy-2016-mekanika (13)

Google ads
Back to top button