,
Buletin

PENGECUALIAN CUKAI MODEL HIBRID MERCEDES DILANJUTKAN  

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memulakan tahun 2016 dengan satu pengumuman yang menggembirakan.

Mercedes-Benz-S400L-Hybrid-mekanika

Pengecualian cukai eksais serta duti import ke atas model hibrid yang dipasang tempatan, S400L Hybrid dan E300 BlueTec Hybrid telah dilanjutkan.

“Kami berbesar hati kerena diberi pelepasan cukai dan duti import ini. Jadi kami boleh terus menawarkan pelanggan dengan kenderaan cekap tenaga (EEV) pada harga yang menarik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr. Claus Weidner.

Mercedes-Benz-E-300-Bluetec-Hybrid-mekanika (16)

Sejak tahun 2003, MBM telah melabur lebih RM800 juta untuk memasang, mengedar dan memasarkan kenderaan Mercedes-Benz di pasaran tempatan.

Mercedes-Benz S400L Hybrid ditawarkan pada harga RM598,888 seunit (naik hampir RM15,000). Manakala E300 BlueTec Hybrid pula berharga RM338,888 seunit (tidak termasuk insurans).

Mercedes-Benz-Malaysia-Pekan-plant-mekanika

Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Kenderaan Penumpang MBM, Mark Raine  menyatakan bahawa dengan kejayaan model-model hibrid Mercedes-Benz dan hasrat MBM untuk menjadi  hub EEV, pihaknya sentiasa menilai kemungkinan untuk mengembangkan rangkaian kenderaannya di Malaysia.

Bukan itu sahaja, MBM tururt mengumumkan ia tidak akan menaikkan harga semua kenderaannya buat masa sekarang. Namun, ia akan terus memantau perkembangan ekonomi semasa.

GALERI

Mercedes-Benz-2016-price-list-mekanika (1)Mercedes-Benz-2016-price-list-mekanika (2)

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button