Motosikal

HONDA VARIO 150 2018 DILANCARKAN DI INDONESIA – INILAH LAWAN SEBENAR YAMAHA NVX 155!

Penunggang motosikal di Indonesia sekali lagi dihidangkan dengan motosikal menarik apabila PT Astra Honda memperkenalkal model Honda Vario 150 dan Vario 125 versi tahun 2018.

Tampil dengan reka bentuk luaran yang lebih agresif, Vario 150 ditawarkan pada harga 22.5 juta rupiah (RM 6,350). Manakala Vario 125 berharga 17.6 juta rupiah atau RM4,900 seunit.

Vario kini didatangkan dengan lampu LED sebagai satu ciri standard. Penampilannya diserlahkan lagi mnerusi lampu nyalaan siang LED berkembar.

Ia turut diiringi dengan panel instrumen LCD, fungsi start/stop dan sistem kunci pintar, sekali gus menjadikannya sebuah skuter yang lebih premium.

Bagi versi 150cc, Vario digerakkan oleh enjin SOHC dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa mencecah 13.1PS. Vario 125 pula menggunakan enjin berkuasa 11.1PS.

Kedua-dua enjin yang dilengkapi sistem penjimatan bahan api PGM-Fi itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik V-Matic.

Aspek keselamatan penunggang diserahkan kepada sistem brek Combined Braking System (CBS) Honda bersama brek cakera di hadapan dan gelendong di belakang yang dipasang pada tayar bersaiz 14 inci.

Penunggang boleh menunggang Vario dengan selesa dalam perjalanan jauh dengan adanya perehat kaki yang leba, ruang penyimpanan berkapasiti 18 liter dan tangki minyak 5.5 liter.

Google ads
Back to top button