
HONDA WR-V TERIMA 2,500 TEMPAHAN AWAL – PENGHANTARAN BERMULA MINGGU DEPAN
Setelah mengumumkan pembukaan tempahan bermula 16 Jun hingga 9 Julai lalu, SUV baharu dari Honda, Winsome Runabout Vehicle (WR-V) telah menerima 2,500 tempahan awal.
Menurut laporan, penghantaran bagi tempahan awal sebanyak 2,500 itu akan bermula pada minggu depan.
Hadir dalam empat varian, Honda menerima 45 peratus tempahan dari varian RS, 38 peratus bagi varian V, diikuti varian E dengan 12 peratus, manakala varian S merekodkan 9 peratus tempahan.

Sesuai jangkaan, SUV dalam segmen-A itu menerima sambutan baik terutamanya dengan adanya ciri teknologi termaju, sistem keselamatan terbaik, prestasi enjin serta rekaan yang sporty.
Dimensi Honda WR-V Serba Baharu ialah 4,060mm panjang, 1,780mm lebar, 1,608mm tinggi serta jarak kelegaan tanah 207mm.
Ciri lain dengan varian RS, gril hadapan rekaan terbaharu serta rim aloi dwi-tona bersaiz 17-inci menyerlahkan lagi elemen ‘coupe’ dengan pembuka pintu belakang bergaya.
Perincian lain termasuklah lampu utama LED automatik, lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus hadapan dan lampu isyarat membelok jenis sequential LED.
Ia dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC, menghasilkan 119hp serta tork 145Nm. Nadi berkenaan dipadankan bersama Transmisi CVT teknologi G-design untuk keseimbangan antara prestasi dan bahan api.
Selain itu, model baharu ini didatangkan bersama ciri keselamatan Honda Sensing dan Honda LaneWatch selain, terdapat Honda Connect dengan ketersambungan telefon pintar.
Untuk makluman, Honda Winsome Runabout Vehicle (WR-V) dilancarkan secara rasmi pada 13 Julai 2023.
- BACA: TEMPAHAN HONDA WR-V KINI DIBUKA. ADA VARIAN RS, LANCAR Q3 2023
- BACA: BIMS 2023: GALERI HONDA WR-V, CABAR PERODUA ATIVA, BERMULA RM103K DI THAILAND
- BACA: SEGALANYA TENTANG HONDA WR-V 2023, ENJIN 1.5 DOHC VTEC, CVT & HONDA SENSING
- BACA: SUV PENCABAR ATIVA, HONDA WR-V 2023 RASMI DI INDONESIA, RM82K








