Motosikal

RASMI: CFMOTO 700MT LANCAR DI MALAYSIA – RM33,888

CFMOTO Malaysia menghadirkan khabar gembira buat peminat motosikal kembara di Malaysia apabila melancarkan CFMoto 700MT. 

Motosikal segmen kembara bersesaran dua silinder itu kini tiba di Malaysia dengan harga jualan RM33,888. Menariknya, Malaysia antara pasaran awal yang menerima model baharu dari CFMoto itu. 

Atas kertas, 700MT menawarkan reka bentuk yang sama dengan varian 800MT. Meskipun hadir dengan harga lebih mampu milik namun 700MT ini masih lagi menawarkan pakej yang ekstra berbanding pesaing lain dalam segmen yang sama. 

Pertamanya, 700MT ini dipacu enjin parallel-twin 693cc yang berupaya menjana 67hp pada 9,500rpm dan 60Nm pada 6,000rpm. Enjin 700cc ini juga mencapai standard emisi Euro 5+ terkini. 

Selain itu, motosikal ini juga hadir dengan fork depan 43mm jenis terbalik (USD) dengan pelarasan pra-beban dan rebound. Suspensi depan juga menawarkan jarak gerak 150mm dan 148mm di bahagian belakang. 

Pakej tayar pula terdiri dari saiz 19-inci depan dan 17-inci belakang yang dipadankan dengan rim spoked (lidi) manakala tangki berkapasiti 20L menjaminkan perbatuan sehingga 400km. 

Turut datang secara standard adalah sistem traction control (TC) dan ABS dwi-saluran dengan kedua-duanya boleh dipadamkan mengikut keperluan. Selain itu, fungsi heated grip dan heated seat juga diberikan secara percuma. 

Turut melengkapkan 700MT adalah skrin TFT 7-inci dengan sistem navigasi terbina Google Maps.

Google ads
Back to top button