Buletin

TOYOTA CATAT HASIL JUALAN 6,681 UNIT PADA APRIL, MENINGKAT 9 PERATUS

UMW Toyota Motor kekal berada dalam prestasi terbaik apabila mengunjurkan peningkatan positif sebanyak 9 peratus bagi jualan tahunan semasa, meskipun terdapat penurunan sebanyak 3 peratus untuk jualan bulan ke bulan.

Untuk rekod, Toyota mencatat jumlah jualan sebanyak 6,681 unit manakala kenderaan baharu Lexus pula menyaksikan 86 unit terjual.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., Toyota kekal yakin dengan pertumbuhan tahun ke tahun yang kukuh.

“Kami melihat sambutan menjanjikan terhadap model baharu yang dilancarkan suku pertama 2023, terutamanya Toyota Vios serba baharu, dan kami menjangkakan ini akan menyumbang kepada pertumbuhan sepanjang tahun,”

Selain itu, beliau turut menjamin mengenai standard keselamatan serta kualiti Toyota Vios baharu.

“Kami ingin memberi jaminan bahawa Toyota Vios serba baharu mematuhi semua peraturan keselamatan. Keselamatan pelanggan dan kenderaan sentiasa menjadi keutamaan,”

Perkembangan berkaitan, Toyota turut memberi fokus kepada Toyota Gazoo Racing Festival musim ke-6.

Memetik kenyataan dari UMW Toyota Motor, perlumbaan 2 Vios Challenge termasuk Toyota Gazoo Racing GT Cup bakal berlangsung pada 3 dan 4 Jun ini selain, memperkenalkan GR GT Cup Campus Tour untuk para pelajar.

“Kami sangat teruja meneruskan inisiatif jenama ini, di mana ia mencerminkan komitmen Toyota untuk menyediakan pengalaman inovatif kepada pelanggan,” tambah Datuk Ravindran K.

“Kami percaya ini bukan sahaja mempamerkan keupayaan kenderaan, tetapi juga membantu menghubungkan kami dengan pengguna Toyota.”

Google ads
Back to top button