DULU-DULU, MAZDA PERNAH BUAT BAGASI KERETA
Pada awal tahun 1990-an, Mazda pernah membangunkan bagasi yang boleh diubah menjadi jentera tiga roda. Korang tau tak? Abam pun baru tau.
Begitupun, ia tidak memiliki nama khusus dan hanya dipanggil bagasi kereta.
Bagasi kereta tersebut, dibangunkan oleh tujuh jurutera dari unit ujian transmisi manual dan penyelidikan Mazda.
Kalau korang nak tau, konsep bagasi kereta ciptaan diorang ni menang pertandingan dalaman syarikat yang dikenali sebagai Fantasyard.
Para jurutera itu diberikan bajet kecil untuk ‘menghidupkan’ idea konsep bagai kereta tersebut.
Dengan menggunakan bagasi jenama Samsonite dan pocket bike berukuran 57 x 75 sentimeter serta mendapat khidmat enjin petrol dua lejang.
Ia mampu menjana kuasa 1.7 hp dengan kelajuan mencecah 30 km/j.
Bagasi kereta yang membawa DNA Mazda itu dipuji kerana memiliki pusat graviti rendah seperti MX-5 Miata dan jentera roda tiga Mazda-Go yang dilancarkan pada tahun 1931.
Malangnya, ciptaan tersebut tidak dapat dibangunkan secara besar-besaran.
Ia berikutan, bagasi kereta tersebut memiliki berat mencecah 32 kg sekali gus tidak praktikal untuk dibawa mengembara terutama sebagai bagasi kedua. -Motor1