Motosikal

HONDA LANCAR CBR250RR SP QUICKSHIFTER SPECIAL EDITION GARUDA X SAMURAI DI INDONESIA. TERHAD 75 UNIT, HARGA RM22,200

PT Astra Honda Motor (AHM) mengujakan peminat motosikal di Indonesia apabila memperkenalkan model edisi khas dikenali sebagai CBR250RR SP Quickshifter Special Edition Garuda x Samurai.

Terhad kepada 75 unit sahaja untuk fasa pertama, ia ditawar bagi meraikan sambutan kemerdekaan ke-75 Indonesia pada 17 Ogos lalu. Jentera tersebut sudah ditempah pada harga kira-kira 77 juta rupiah (RM22,200) seunit.

Sebagaimana boleh dilihat dengan jelas, motosikal itu menampilkan rekaan grafik menarik yang mewakili sejarah serta budaya Indonesia dan Jepun.

Sisi sebelah kiri diserlahkan dengan ilustrasi burung Garuda bersama perincian corak batik yang menggabungkan karekter motor dan budaya Indonesia.

Sementara sebelah kanan pulan terdapat lakaran samurai Sengoku Commander dengan lukisan bunga sakura yang menjadi ikon Jepun.

Siluet lampu hadapan pula memberi gambaran mata dari ilustrasi Garuda dan Samurai sebagai tanda kolaborasi erat.

Keistimewaan CBR250RR SP Quick Shifter Special Edition Garuda x Samurai tidak terhad kepada livery sahaja. Malah, motosikal itu dilengkapi beberapa komponen seperti klac slip dan assist serta quick-shifter dua arah.

Motor sports berkenaan masih menggunakan khidmat enjin sama parallel-twin bersesaran 249.7cc yang mampu menjana kuasa 41PS dan tork 25Nm pada 11,000rpm. Kelajuan maksimum adalah sekitar 172km/j.

Keseronokan ditingkatkan lagi dengan tiga mode tunggangan iaitu Comfort, Sport dan Sport+. Pengendalian mantap disumbang oleh penggunaan fork USD dan monoshock boleh laras yang dipasang pada lengan ayun aluminium.

Ia juga dilengkapi sistem brek ABS dan cakera jenis petal pada kedua-dua rodanya.

Google ads
Back to top button