Artikel Pilihan

INILAH DIA FERRARI F80 – DIJAMIN RAMAI TAK MAMPU BELI PUNYA

Ferrari baharu saja perkenalkan model flagship mereka. Lebih sedekad selepas LaFerrari dan ia dinamakan F80. Sama seperti LaFerrari, model ini diharap akan terpahat dalam sejarah hypercar dunia.

Perubahan paling besar berada di bawah bonetnya. Enjin ikonik V12 kini digantikan dengan enjin V6 hibrid dengan tiga motor elektrik. Enjin 3.0 liter V6 F80 mampu menghasilkan 900 hp kuasa maksima dan bila ditambah dengan motor elektrik, kuasanya meningkat kepada 1,184 hp menjadikannya Ferrari paling berkuasa pernah dihasilkan.

Hanya 2.15 saat diperlukan oleh F80 untuk mencecah kelajuan 100 kmj dan 5.75 saat untuk 200 kmj. Kelajuan maksima 350 kmj menjadikan F80 sedikit lebih laju berbanding McLaren W1.

Enjin 3.0 liter V6 adalah sama seperti Ferrari 256 dan 499P Le Mans. Walaupun ia 237 hp lebih berkuasa berbanding 296, beratnya masih kekal sama. Hebat kerja jurutera Ferrari ni.

Jurutera Ferrari telah mengubah pemasaan pencucuhan dan suntikan bahan api selain meningkatkan tekanan kebuk pembakaran 20 peratus berbanding 296. Kotak gear 8-kelajuan klac berganda turut dilaraskan kembali agar mampu menerima tekanan yang dipertingkatkan.

Motor-motor elektrik di belakang mempunyai tiga fungsi iaitu menghidupkan enjin, memulihkan semula tenaga elektrik dan menambah tork bila diperlukan. Kesemua motor elektrik disambungkan dengan pek bateri lithium cell 800V dengan kemampuan maksima 2.3 kilowat/jam. Hasilnya ialah kuasa tambahan sebanyak 325 hp.

F80 menggunakan chasis monoque gabungan serat karbon dan material komposit lain. Bumbung diperbuat daripada serat karbon sepenuhnya manakala sub-kerangka belakang dihasilkan daripada aluminium. Rekaan pintu butterfly bukan hanya memudahkan pemandu dan penumpang masuk dan keluar malah ia juga kelihatan sangat sejuk (cool).

F80 tidak mempunyai mod elektrik sepenuhnya tapi mod hibridnya lebih berfungsi untuk pemulihan tenaga elektrik dan pengecasan bateri. Ia akan memastikan cas bateri akan selalu berada sekitar 70 peratus kuasa.

Sama seperti Purosangue, F80 juga turut dilengkapkan dengan sistem suspensi aktif. Ia memastikan F80 kekal aerodinamik yang semestinya cukup penting dengan hypercar seperti ini.

Harga F80 ini bermula pada USD4 juta atau bersamaan dengan RM17juta lebih! Kalau rasa macam tak cantik ke atau tak best ke tak apa. Sebab apa? Sebab kita semua tak mampu pun nak beli hypercar ni.

Google ads
Back to top button