Motosikal

HONDA VARIO 160 DAPAT DUA WARNA BAHARU – RM10,498

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan dua pilihan warna baharu bagi Honda Vario 160 untuk pasaran tempatan.

Menurut BSH, Vario 160 kini datang dengan warna Green dan Mat Blue dan ditawarkan dengan harga RM10,498. Model dikemas kini ini akan mula ada di pusat pameran rasmi BSH bermula 27 Julai ini.

Sementara itu, Vario 160 2024 ini kekal dikuasakan enjin satu silinder 157cc dengan teknologi eSP+ yang berupaya menjana 15hp pada 8,500rpm dan 13.8Nmm pada 7,000rpm. 

Perincian lain dikekalkan termasuk ABS satu saluran, Honda Smart Key System (keyless), pencahayaan LED penuh dan port pengecas USB. 

Setiap pembelian Honda Vario 160 didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000km (mana yang sampai dahulu). 

Google ads
Back to top button