Motosikal

RASMI: DUCATI DESERTX RALLY, MONSTER 30° ANNIVERSARIO KINI DI MALAYSIA – DARI RM115,900

Ducati Malaysia dengan rasminya memperkenalkan dua model baharu untuk pasaran tempatan menerusi DesertX Rally dan Monster 30° Anniversario. 

DesertX Rally

Berbanding DesertX standard, varian Rally ini dipertingkat dengan kelengkapan yang lebih memfokuskan keupayaan ‘off-road’ dan tunggangan lasak. 

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk:

  • suspensi berprestasi tinggi dan boleh laras sepenuhnya dari KYB dengan rawatan khas (salutan Kashima di bahagian luar dan DLC di bahagian dalam). 
  • rim Takasago EXCEL yang tahan lasak (heavy duty) dengan billet aluminium dan 0.5kg lebih ringan berbandig rim standard. 
  • lever aluminium dan sump guard gentian karbon.
  • grafik tahan lasak diinspirasikan dari livery diguna pakai Antoine Meo ketika memenangi perlumbaan Erzbergrodeo. 

Dalam pada itu, DesertX Rally ini masih lagi dipacu Testastretta 11-darjah L-Twin 937cc dengan injap Desmodromic yang berupaya menjana 110hp pada 9,250rpm dan 92Nm pada 6,500rpm. 

Monster 30° Anniversario

Terhad kepada 500 unit sahaja untuk pasaran dunia, Monster 30° Anniversario merupakan model khas dibangunkan sebagai penghargaan ekpada 30 tahun model Monster. 

Antara ciri ditawarkan termasuk:

  • livery ‘30° Anniversario tricolour’ dengan penutup tempat duduk belakang dan nombor siri di handlebar. 
  • datang dengan rim ‘forged aluminium’ secara standard. 
  • dilengkapi dengan pakej elektronik terkini termasuk Ducati Quick Shift (DQS), Cornering ABS dan Traction Control. 
  • fork depan boleh laras Öhlins NIX30, penyerap hentak Öhlins di belakang, steering damper Öhlins. 

Menurut Ducati Malaysia, DesertX Rally dijual pada harga RM160,900 sementara Monster 30° Anniversario boleh didapati dengan harga RM115,900

Kesemua model ini boleh didapati di pusat pameran rasmi Ducati di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Johor dan Pulau Pinang. 

GALERI: DUCATI DESERTX RALLY, MONSTER 30TH ANNIVERSARIO

Google ads
Back to top button