PENGELUAR KERETA BOLEH BAWA MASUK LEBIH BANYAK MODEL EV UNTUK PEMASANGAN TEMPATAN
Pengeluar kereta tempatan boleh membawa masuk lebih banyak model kenderaan elektrik (EV) untuk pemasangan tempatan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.
Beliau berkata, pengeluar kereta tempatan menghadapi cabaran untuk mengeluarkan EV pada harga yang kompetitif berikutan kos pembangunan teknologi EV adalah tinggi, berbanding teknologi pembangunan kenderaan pembakaran dalaman (ICE) yang telah sekian lama dibangunkan.
“Oleh itu, bagi membantu pengeluar kereta tempatan dapat mengeluarkan EV pada harga yang lebih kompetitif, kerajaan telah menawarkan insentif cukai yang lebih menarik berbanding dengan kenderaan jenis ICE.
“Secara khususnya, BEV (kenderaan elektrik menggunakan bateri) dan FCEV (kenderaan berkuasa hidrogen) yang dipasang secara tempatan dapat menikmati pengecualian duti import, duti eksais serta cukai jualan sepenuhnya sehingga 31 Disember 2027,” katanya.
Beliau juga berkata, EV yang dipasang di Malaysia tidak tertakluk kepada had harga minimum RM100,000 seperti dikenakan ke atas EV yang diimport.
Chin Tong berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai usaha mempertingkatkan keupayaan pengeluar kereta tempatan untuk mengeluarkan kenderaan tanpa pelepasan karbon (ZEV) mampu milik untuk rakyat Malaysia. – Sinar Harian
- BACA: CFMOTO DEDAH PROTOTAIP 250SR-R – DENGAN ENJIN ’270-DEGREE CRANK’
- BACA: CST TIRES LANCAR TAYAR KHAS UNTUK EV – SALEKS E·X1, TAWAR KETAHANAN DAN PRESTASI LUAR BIASA
- BACA: LEXUS RZ 450e KINI DI PASARAN MALAYSIA – JANA 313HP, JARAK GERAK 440KM, HARGA RM429K
- BACA: PORSCHE MACAN EV PERKENALKAN DUA VARIAN; MACAN DAN MACAN 4S – HARGA BERMULA RM525K