Motosikal

BELI VESPA SECARA DALAM TALIAN. ANSURAN MUDAH 0% SEHINGGA 3 TAHUN. BERMULA RM475 SEBULAN

Peminat Vespa kini sudah boleh membeli jentera penuh gaya itu secara dalam talian buat pertama kalinya menerusi platform e-dagang Dreamshop.com.my

Lebih menarik lagi, Vespa boleh dimiliki melalui menerusi pelan pembayaran mudah 0% bersama tawaran hebat yang lain. Ia berikutan kerjasama yang dijalin di antara Didi Resources dengan Dreamshop.

“Untuk menggabungkan pemasaran secara dalam talian dan luar talian, kami akan melancarkan ‘roadshow’ ke seluruh negara bersama Dreamshop untuk berjumpa dan berhubung dengan bakal pelanggan.

“Mereka akan diberi peluang untuk menunggang uji, mendapatkan pakej promosi istimewa dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik,” kata Pengurus Besar Didi Resources, Juan Chow Wee.

Melalui Dreamshop, pelanggan boleh membeli Vespa menerusi pelan pembayaran mudah 0% daripada 11 bank dengan hanya beberapa klik sahaja. Sebelas buah bank tersebut ialah Maybank, United Overseas Bank, CIMB Bank, HSBC Bank, Hong Leong Bank, Public Bank, RHB Bank, AmBank, Standard Chartered, OCBC Bank dan Alliance Bank.

Pelanggan juga boleh menikmati tawaran tambahan seperti:

  • Ahli kad RHB Bank bakal mendapat rebat sebanyak RM200 untuk lima pembelian pertama Vespa di bawah Pelan Pembayaran Mudah 0%. Promosi sah dari sekarang sehingga 15 April 2022. (Kod Promosi: RHB200)
  • Ahli kad AmBank mendapat mata tambahan 30% bonus points untuk setiap pembelian Vespa di bawah Pelan Pembayaran Mudah 0%.
  • Ahli kad CIMB mendapat potongan RM 10 dengan perbelanjaan minimum RM100. Promosi sah dari 1 November sehingga 31 Disember 2021. (Kod Promosi: CIMB10)
  • Dengan setiap pembelian Vespa melalui Dreamshop, pelanggan akan menerima HADIAH PERCUMA bernilai RM 300 – berupa kemeja T Vespa, Helmet Vespa dan Rantai Kunci Vespa.

Model Vespa yang ditawarkan di Dreamshop ialah:

  1. Vespa Primavera 150 ABS Black Vulcano – bermula RM475 sebulan
  2. Vespa Primavera 150 ABS Grey Materia – bermula RM495 sebulan
  3. Vespa Primavera S150 ABS – bermula RM525 sebulan
  4. Vespa Sprint 150 ABS – bermula RM506 sebulan
  5. Vespa Sprint S 150 ABS – bermula RM506 sebulan
  6. Vespa Sprint S150 TFT ABS – bermula RM595 sebulan
  7. Vespa GTS Super Sport 300 HPE ABS – bermula RM864 sebulan
  8. Vespa GTS 75TH 300 HPE ABS – bermula RM1,164 sebulan

*Harga untuk Semenanjung Malaysia, tanpa insurans.

Selepas pembelian diluluskan pembelian, Vespa akan menghubungi pelanggan dalam masa 48 jam untuk membuat urusan yang perlu. Penghantaran dan pengambilan Vespa akan dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas penyerahan semua dokumen berkaitan.

Berkongsi minat yang sama bagi menyokong perniagaan tempatan, Vespa dan Dreamshop juga akan menganjurkan bazar oleh The Artisans Haven, platform e-dagang yang menyokong dan mempromosikan para artisan tempatan yang akan menganjurkan jualan mega pada 30 & 31 Oktober di The LINC KL. The Artisans Haven ialah syarikat bersekutu Dreamshop yang memfokuskan dalam mempromosi dan menyokong artis tempatan dan PKS.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama Dreamshop dan Vespa, siri jelajah ‘Vespa Dream Tour’ ke seluruh negara bakal dianjurkan.

Lawati https://www.facebook.com/VespaMalaysiaOfficial  atau www.facebook.com/dreamshop.com.my/  untuk maklumat lanjut mengenai ‘Vespa Dream Tour’ yang akan datang!

Google ads
Back to top button