
JEEP CHEROKEE DIPANGGIL SEMULA
Jeep memanggil semula 55,687 unit Cherokee yang dilengkapi power liftgate.
Model yang terlibat adalah keluaran 18 Februari 2015 sehingga 10 September 2015.
Ini termasuk 32,784 kenderaan di pasaran Amerika Syarikat, 10,138 buah di Kanada, 924 unit di Mexico dan 11,841 negara lain.
Pihak Jeep mengenal pasti bahawa air berpotensi memasuki ke bahagian modul kawalan elektrik liftgate dan menyebabkan litar pintas. Situasi berkenaan boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran.
Oleh sebab itu, Jeep akan melakukan pemeriksaan pada kawasan yang terlibat dan menggantikan dengan alat ganti baharu sekiranya perlu. Mekanik akan memasang perisai air yang lebih baik bagi menawarkan perlindungan maksimum.
Semua kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Jeep. Jeep menasihatkan pemilik agar memastikan kawasan kargo adalah kering sehingga dihubungi oleh pihak cawangan Jeep.
Kerosakan berkenaan dikenal pasti selepas dua pelanggan melakukan aduan.