Buletin

PROTON TAWAR PAKEJ INTERNET YES ALTITUDE 4G

PROTON Holdings Bhd  menjadi perintis dengan pengenalan kereta-kereta berhubung di Malaysia melalui kerjasama dengan YTL Communications Sdn Bhd (“YTLC”) yang dimeterai pada 2011, untuk menawarkan sambungan tanpa henti ke kereta-kereta Proton melalui peranti hotspot YES 4G Huddle XS mudah alih.

Kerjasama ini akan menaikkkan taraf dari jalur lebar 4G mudah alih ke telefon pintar YES Altitude 4G LTE.

Majlis dirasmikan bersama oleh YBhg Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan YBhg Dato’ Yeoh Soo Keng, Pengarah Eksekutif YTLC, dengan kehadiran pengurusan kanan dari PROTON dan YTCL di acara DRB-HICOM Auto Fest yang berlangsung dari 14 -15 Januari di Ibu Pejabat EON.

BACA: MAXX n GO, SERVIS KERETA DI RUMAH

BACA: PROTON SERAH KERETA UNTUK PUSAT KEBAJIKAN

Selaras dengan janji ‘Pelanggan Diutamakan’ untuk memberikan lebih nilai kepada mereka, usaha sama ini akan memperlihatkan tawaran pakej yang telah dipertingkatkan, yang dikenali sebagai Pelan PROTON YES Altitud.

Pelan ini akan menyediakan 16GB data kepada pelanggan pada setiap bulan, yang ditawarkan secara percuma selama 12 bulan dari tarikh pendaftaran kereta, berkuatkuasa dari 14 Januari 2017.

Pakej ini ditawarkan khas kepada semua pelanggan PROTON yang memilih untuk memiliki mana-mana kereta Proton dari varian Executive dan ke atas, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat, tidak seperti tawaran sebelum ini.
“Kami melihat promosi ini untuk menambah lagi pengalaman bersama pakej PROTON YES Altitude 4G LTE yang membenarkan mereka berhubung melalui liputan mudah alih dengan fungsi internet yang pantas,” kata Dato’ Fuaad.

“Tawaran ini hanya sah sementara stok masih ada dan kami yakin bahawa tawaran istimewa ini akan memberikan manfaat kepada pelanggan melalui rangkaian YES sebagai peneraju global bagi Internet 4G, dengan 2 rangkaian mudah alih yang teguh (4G LTE dengan VoLTE dan 4G Broadband), merangkumi liputan sebanyak 85% negara termasuk kawasan bandar dan luar bandar, yang akan menguntungkan pelanggan” tambah Dato’ Fuaad.

“Syarikat percaya bahawa teknologi dan pembangunan kereta berkait rapat. Memandangkan penggunaan telefon pada zaman sekarang ini sebagai satu kemudahan di hujung jari, pelanggan kini boleh memuat turun aplikasi MyProton dengan telefon pintar YES Altitude 4G LTE untuk memandu uji kereta, membuat temu janji servis dan mendapatkan maklumat mengenai kereta Proton dan tawaran yang sedang berlangsung.

Aplikasi ini boleh didapati di kedua-dua platform IOS dan Android. Kami yakin bahawa pelan ini akan memberi manfaat kepada pelanggan,” ujar Dato’ Fuaad.

 

 

Google ads
Back to top button