Motosikal

JOHAMMER J1 – MOTOSIKAL ELEKTRIK MASA DEPAN

Motosikal yang nampak macam siput babi ini ialah Johammer J1. Ia direka dan dibina di sebuah kilangh kecil di Austria, berhampiran sempadan Czech.

Reka bentuk motosikal elektrik yang unik itu memang menarik perhatian. Menurut pengasas Johammer e-mobility GmbH, Johann Hammerschmid, Johammer J1 mengambil konsep tunggangan kuda zaman dahulu.

johammer-j1-electric-bike-mekanika-1

Mula diperkenalkan pada tahun 2014, dianggarkan lebh 60 unit Johammer J1 telah dijual di Eropah. Ia menjadi motosikal pertama yang mampu mencatat jarak 200km dengan sekali caj.

BACA: MOTOCHIMP – MOTOSIKAL ELEKTRIK COMEL DARI SINGAPURA

BACA: EICMA 2016 – VESPA ELETTRICA, SKUTER ELEKTRIK PRODUKSI 2017

johammer-j1-electric-bike-mekanika-7

Johammer J1 yang direka oleh firma reka bentuk Yellow.at dikuasakan oleh pek bateri lithium-ion. Dengan kuasa maksimym 16kW, ua kemudian disalurkan ke motor satu kelajuan yang tidak memerlukan penyelenggaraan.

Motosikal itu ditawarkan dalam dua varian iaitu J1.150 dan J.200. Kedua-dua varian dibezakan oleh kapasti bateri. J1.150 menggunakan pek bateri berkapasiti 8.3kWh yang memerlukan masa selama dua jam 20 minit untuk dicaj penuh dan mempunyai berat 159kg.

johammer-j1-electric-bike-mekanika-10

J.200 pula seberat 178kg kerana baterinya berkapasiti lebih besar, 12.7kWh. untuk dicaj penuh, ia memakan masa selama 3.5 jam. Kelajuan jentera tersebut dihadkan kepada 120km/j secara elektronik.

Johammer J1 tidak mempunyai papan pemuka atau meter. Segala maklumat tunggangan seperti kelajuan, baki bateri dan banyak lagi sebaliknya dipaparkan pada cermin sisi.

johammer-j1-electric-bike-mekanika-9

Motosikal ini hadir dalam lima warna iaitu putih, perak, hijau, kuning dan biru. Harganya ialah 22,900 euro (RM108,758) untuk Johammer J1. Sementara J1.200 pula berharga  24,900 euro (RM118,256) seunit.

Google ads
Back to top button