BOSCH Mrec – Desktop
Motosikal

KAMI SANGAT-SANGAT BERHARAP HAFIZH AKAN MENUNJUKKAN PENINGKATAN – BOS TECH3 KTM

SHARE

Sebenarnya ia bukan sekadar harapan Herve Pocharal selaku bos Tech3 KTM tetapi ia juga harapan seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat MotoGP. Segalanya memang kelihatan serba tidak menjadi untuk Hafizh buat masa ini. Tempat terakhir di Qatar, kedua akhir di Argentina dan terbaru terakhir lagi di Texas ia memang keputusan yang cukup pahit untuk diluahkan. Bayangkan kalau anak anda dapat keputusan tercorot dalam kelas, mesti balik berbirat betis kena rotan (dulu, sekarang mana boleh rotan).

Menambahkan lagi tekanan buat Hafizh ialah bila rakan sepasukan yang juga pelumba rookie pada tahun ini, Miguel Oliveira telah pun mengumpul 7 mata termasuklah tempat ke-11 sewaktu di Argentina tempohari dengan mengekori rapat pelumba factory KTM, Pol Espargaro.

Catatan masa juga menunjukkan Hafizh jauh ketinggalan di belakang Oliveira dengan ketinggalan 26.9 saat di Qatar, 9.7 saat di Argentina dan 23.4 saat di Texas. Kelebihan kini berpihak kepada Oliveira berbanding Hafizh yang sentiasa bermula di barisan belakang grid.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Pada masa ini tahun sebelumnya Hafizh sudahpun menyumbangkan 9 mata untuk pasukan Tech3 dengan menggunakan jentera Yamaha dan akhirnya ketinggalan hanya beberapa mata dalam persaingan merebut gelaran Rookie of the Year dengan Franco Morbidelli.

Hafizh memang mengecewakan kerana kami tahu tentang potensi beliau menurut kata Poncharal. Kadang-kadang beliau mencatatkan masa 2 saat lebih pantas dari sebelumnya dalam sesi ujian masa tapi kemudian ia menurun. Mereka sendiri gagak memahami kenapa catatan masa Hafizh sentiasa turun naik dalam setiap pusingan.

Kami masih berkeyakinan dengan kemampuan beliau tetapi setiap kali berlumba prestasi Hafizh dilihat semakin menurun pusingan demi pusingan. Hafizh berada dalam kedudukan terakhir dan kedudukan terakhir bukannya satu pilihan yang baik.

Perbezaan jarak masa yang terlalu besar dengan pelumba hadapan akan menyebabkan motivasi pelumba menurun. Banyak masa yang diperlukan untuk Hafizh lebih memahami motosikal KTM tersebut dan cara untuk kekal konsisten. Dalam perlumbaan konsistensi adalah satu faktor kemenangan selain dari kelajuan.

Masih terlalu awal untuk membuat penilaian tetapi pihak Tech3 mahu melihat Hafizh membuat peningkatan sekaligus merapatkan jarak dengan rakan sepasukan beliau.

Hafizh mengatakan yang prestasi di Austin diakibatkan oleh pemilihan tayar yang salah tetapi semua jentera KTM lain juga menggunakan tayar yang sama. Hmm macam mana tu bossku?

Tags
Google ads
Back to top button