Motosikal

VALENTINO ROSSI PERKENAL TOPI KELEDAR EDISI ISTIMEWA ‘BACK TO MISANO’

Musim lalu, pelumba pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Valentino rossi tidak dapat beraksi di litar Misano Itali akibat kecederaan.

Kali ini, kehadiran Rossi ke litar Misano diraikan dengan satu lagi koleksi topi keledar edisi khas.

Mengambil inspirasi filem klasik Hollywood, Back to the Future Part II, topi keledar tersebut dikenali sebagai ‘Back to Misano’.

Edisi terbaru yang menggunakan model AGV Pista GP R itu menampilkan wajah Rossi dan ketua krew pasukannya, Silvano Galbusera, menggantikan watak asal iaitu Marty McFly dan Doc.

Antara grafik lain yang ditambah ialah tarikh Rossi bersaing di litar tersebut pda panel kanan dan gambar kereta DeLorean pada sebelah kirinya.

Orang popular macam tu lah. Masuk litar semula pun ada buat topi keledar edisi istimewa.   

Google ads
Back to top button