Modifikasi

KENARI YRV MANUAL

Main kereta kadang-kadang boleh jadi hobi yang negatif. Nak pula jenis yang tak boleh nak kawal. Tengok orang main K-Car, nak beli K-Car. Tengok orang layan Olskul nak beli olskul. Tengok orang beli Satria buat kereta trek, pun nak ikut. Sekali baca blog tengok orang bikin kereta rali, kita pun beli.

kenari-YRV-mekanika (7)

Minat kepada Kenari membuatkan saya beli sebuah pada tahun 2009. Buat lebih kurang, kemudian jual. Saya pun tak pasti kenapa jual. Bila tengok budak-budak sekarang main Kenari dengan bodykit kreatif dan rim kepak-kepak, rasa macam nak beli saja semula.

Kereta ini mungkin lain daripada Kenari yang biasa anda tengok. Kereta ini tahun 2004, tahun Kenari Aerosport diperkenalkan. Tetapi ini model pekak, chasisnya sahaja yang made in Sungai Choh, Rawang.

kenari-YRV-mekanika (3)

Pemiliknya, KK membuang enjin asal EJ-DE dan menggantikannnya dengan K3VET YRV. Tak cukup dengan 1.3, tukar turbo Garret AR50 kasi laju sikit dengan banana manifold. Blow-off Sard R2D2 dan boost setinggi 1.5 bar.

Intercooler yang tersengih depan bumper itu ditempah custom supaya saiznya tidak mengorbankan banyak bahagian plastik bumper untuk dipotong. Ekzosnya dibuat custom juga dengan paip 2.5 inci, sebuah resonator tengah dan peredam bunyi custom.

kenari-YRV-mekanika (2)

Kebanyakan YRV datang dengan gear semi automatik. KK amat bertuah kerana dapat YRV versi manual. Keburukannya, tak boleh guna gear jenis kolum. Kebaikannya sudah tentulah pecutan lebih baik.

Kalau ada satu rim yang evergreen dan universal, anugerah tu pastinya TE37 yang dapat. Dari mula saya kenal modifikasi kereta sampailah hampir berhenti main kereta, rim ni orang puja dan dipakai oleh semua jenis kereta.

kenari-YRV-mekanika (4)

Permintaan terhadapnya sangat tinggi sampaikan Rays buat untuk semua saiz, offset, PCD dan jenis lebar. Bukan setakat kereta Jepun, PCD BMW, Mercedes hatta Alfa Romeo pun boleh kalau nak tempah.

Rim putih 15 ini dipadankan dengan Tayar Azenis 165/50 dengan offset yang betul menjadikan Kenari ini lengkap-selengkapnya. Rim ni bukanlah yang ori, tapi Taiwan gred A dengan bentuk versi SL (Super Lap) yang biasanya dipakai pada kereta-kereta FR atau kereta yang nakkan batang melengkung atau Concave.

kenari-YRV-mekanika (6)

Amerika banyak buat rim concave begini macam ADV1, HRE, DC Forged. Tetapi di Malaysia nampaknya tak ada orang yang minat. Sebab itu juga harga TE37 ori meletup-letup.

Bahagian dalaman disalin sepenuhnya kepada L900 Move. Kerusi Move Peanut, stering YRV turbo R, timer APEXi, boost meter HKS dan RSM APEXi. Pemain audionya pula ialah Pioneer dengan speaker Carrozeria dan sub woofer atau speaker siling L150.

kenari-YRV-mekanika (8)

Bahagian luar Kenari ni mungkin ramai yang tak pernah tengok. Panel muka depan datangnya daripada model Move Casual. Ia dicampur-adukkan dengan bahagian Casual yang lebih terhad.

Bamparnya ialah versi Casual Urban, skirting Move Casual turbo. Bonet depan dan belakang pula darip;ada model Casual Urban Rapid. Akhir sekali, sunroof L900 dan warna Emerald Green.

kenari-YRV-mekanika (10)

Dulu-dulu, K-Car terhad pada Kancil saja. Kalau main kereta lain pun barangnya mahal macam roket. Sekarang ada banyak pilihan. Barang-barang kereta ini dari half-cut ke bodypart pun sudah boleh dibeli oleh orang kebanyakan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button