Artikel Pilihan

KOLEKSI PORSCHE WARNA WARNI SEORANG ERRR… GADIS?

Sebenarnya agak aneh bila melihat perempuan main kereta. Lebih aneh lagi, main satu jenis kereta dan bertambah aneh lagi kereta itu ialah Porsche dan yang paling terpaling aneh ialah bukan satu Porsche, tapi banyak buah Porsche.

Tradisi Porsche dan lelaki racer dipecahkan oleh seorang gadis bernama Lisa Taylor.

Koleksi Taylor menjurus kepada beberapa siri dan varian. Paling digemarinya ialah model moden 970 terutamanya GT3. Jika lazimnya kita lihat warna-warna biasa seperti putih, perak dan hitam, Lisa pula lebih berminat dengan warna yang ditawarkan oleh program paint-to-order firma itu.

BACA: PORSCHE UNTUK RALI, SERIUS!

Sebagai contoh, armada beliau termasuk Hijau Mint model Cayman 718 dan warna Amethyst Ungu pada model 911. 911 GT3 RS beliau didatangkan dengan warna Ruby Star, yang merupakan warna yang efek antara ungu dan merah jambu.

Kereta-kereta beliau sering menjadikan Lisa sebagai bintang kecil di kebanyakan perjumpaan Porsche.

Bukan itu sahaja. Dalam garaj kediamannya, Lisa juga mempunyai beberapa Porsche 911 klasik dan juga salah satu traktor syarikat tersebut.

BACA: KERJASAMA RWB PORSCHE DAN HOTWHEELS

Beliau mempunyai 911 Carrera RS Oslo Blue yang digunakan sebagai kereta rali. Ia mempunyai beberapa pengubahsuaian seperti penghawa dingin dan radio untuk menjadi lebih mesra pemandu.

Di samping menjadi peminat Porsche, Taylor juga merupakan pencinta haiwan, termasuk memiliki anjing gunung Bernese bernama Turbo dan Targa. Taylor mengatakan bahawa binatang kesayanganya itu juga sering menemaninya ketika memandu.

Nah, tengok video di bawah

Tags
Google ads
Back to top button