Artikel Pilihan

LAMBORGHINI TEMERARIO – PENGGANTI HURACAN YANG LEBIH BERKUASA

Lamborghini baharu saja dedahkan pengganti Huracan kepada dunia di Monterey Car Week 2024. Ia dinamakan Temerario dan menggunakan enjin V8 PHEV dengan sokongan 3 motor elektrik. Ia lebih berkuasa tapi juga lebih berat berbanding Huracan sebelum ini yang menggunakan enjin V10.

Huracan diperkenalkan pada tahun 2013 dan merupakan pengganti kepada model Gallardo yang terkenal sebagai model penyelamat Lamborghini. Temerario bagaimana pun adalah lebih moden dan berkuasa berbanding model-model sebelumnya.

Kenapa perlu kecilkan enjin dan tambah motor elektrik? Tak payah tanya lagi. Dah tentulah untuk memenuhi piawai keluaran emisi ekzos yang semakin ketat. Untuk itu enjin V10 terpaksa dipencenkan dan digantikan dengan enjin V8 yang lebih kecil.

Untuk memastikan enjin ini lebih berkuasa dari enjin sebelumna, dua buah pengecas turbo telah dimasukkan ke ruangan enjin V8 4.0 liter ini. Ia berkongsi konfigurasi turbo yang sama dengan Urus V8 tapi enjin Temerario ditala supaya lebih bersifat seperti supercar. Bukan itu sahaja, enjin baharu ini juga boleh diperah sehingga 10,000 rpm.

Untuk sebuah jentera berenjin turbo, angka 10,000 rpm tu memang jarang dapat kita dengar tapi Lamborghini menjanjikan bunyi enjin yang lebih hebat untuk V8 berbanding enjin kereta turbo lain.

Beberapa komponen enjin V8 baharu ini juga menggunakan material gred tinggi yang dinamakan DLC (Diamond Like Carbon) yang mempunyai ketahanan dan mempunyai ketahanan sehingga 11,000 rpm.

907 hp dan tidak mempunyai kesan turbo lag. Nampak tak macam mana hebat teknologi sekarang khususnya pada enjin baharu Lamborghini ini.

Dua motor diletakkan di bahagian hadapan dan mempunyai fungsi torque vectoring. Dalam mod Citta (city), ia menukar kereta menjadi kenderaan pacuan hadapan. Motor ketiga diletakkan di bahagian belakang enjin V8 dan juga berfungsi sebagai generator untuk starter. Ia juga berfungsi menambah tork sebanyak 300 Nm lagi sekaligus mengurangkan kesan turbo lag.

Hasilnya ialah kuasa maksima 907 hp yang dengan kata lain ianya adalah lebih berkuasa berbanding Ferrari 296 GTB (819 hp) dan McLaren Artura (671 hp). Tapi kena ingat beratnya juga kini lebih bertambah hampir 270 kg berbanding Huracan asal.

Berat keseluruhan Temerario 1,690 kg juga menjadikannya  220 kg lebih berat berbanding Ferrari 296. Cuma kena ingat Ferrari ialah model RWD dan lebih ringan. Namun menurut Lamborghini berat gandar hadapan elektrik mereka cuma 73 kg. Rasanya agak berat lagi tu untuk menewaskan Ferrari dari segi pecutan.

Menariknya walupun lebih berat, Temerario ini mampu membuat pecutan 0-100 kmj hanya dalam masa 2.7 saat berbanding 2.9 saat untuk Huracan. Kelajuan maksima juga meningkat dari 325 kmj kepada 343 kmj. Kuasa henti brek dari 100-0 kmj pula bertambah dari 31.9 saat ke 32 saat. Dengan kata lain pertambahan berat memang memainkan peranan di sini.

Binaan Temerario juga berbeza berbanding Revuelto. Jika Revuelto menggunakan chasis yang diperbuat daripada serat karbon, Temerario pula menggunakan material aluminium spaceframe untuk chasis. Ia sedikit panjang berbanding Huracan dan mempunyai kelegaan kepala yang lebih baik. Tak ada masalah nak pakai helmet untuk layan litar sekali sekala.

Bahagian dalaman hampir sama dengan Huracan tapi dinaik taraf supaya kelihatan lebih segar. Terdapat drift dengan tiga tetapan berdasarkan kemahiran pemandu. Kalau rasa nak jadi YouTuber macam Abang Japar, anda boleh buat rakaman pemanduan anda menggunakan tiga kamera Lamborghini Vision Unit.

Temerario turut mempunyai log data telemetri jika ada ‘membebaskan’ potensinya di mana-mana 150 litar di seluruh dunia. Juga juga boleh memberikan bacaan rentak jantung pemandu jika dihubungkan dengan jam tangan pintar Apple.

Mod EV sepenuhnya pun ada tapi jaraknya cuma 3.5 km sahaja. Alahai, cukuplah kot undur undur kereta keluar rumah malam-malam tak nak kasi bentara guru sedar. Cukup je 3.5 km enjin V8 PHEV akan mengambil alih peranan.

Hah macam mana geng #baikbeli. Baik beli yang ni ke baik beli Ferrari? Ke nak terus pakai X50 dengan bodykit Urus je?

Google ads
Back to top button