Motosikal

YAMAHA BANGUNKAN MODEL SIRI ‘RW’ SERBA BAHARU

Dalam diam, Yamaha telah memfailkan tanda dagangan bagi nama ‘RW’ di Eropah sekaligus memberi bayangan kepada kemunculan barisan model baharu bagi pasaran global. 

Menurut laporan, Yamaha memfailkan tanda dagangan bagi nama RW125, RW155, RW250, RW350 dan RW700. 

Pemfailan tanda datangan tersebut tidak menyatakan secara spesifik model apa yang dimaksudkan namun apa yang pasti nama diguna pakai itu merujuk kepada barisan model baharu yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini. 

Meskipun begitu, apa yang pasti RW125, RW155, RW250 dan RW700 jelas dikuasakan platform sama yang terdapat pada R25/MT-125, R15/MT-15, R25/MT-25 serta R7/MT-07/Tenere 700. 

Bagaimanapun, RW350 mencuri perhatian kerana Yamaha ketandusan platform 350cc dengan yang paling hampir adalah R3 dan MT-03 yang dikuasakan enjin dua silinder 321cc. 

Namun, terdapat kebarangkalian bahawa Yamaha akan menaik taraf enjin 321cc tersebut kepada yang lebih besar (hampir 350cc) sepertimana yang dilakukan pada MT07 dan MT07 sebelum ini. 

Terdapat juga desas desus yang mendakwa siri RW merujuk kepada model neo-retro meskipun Yamaha menawarkan model tersebut menerusi siri XSR ketika ini.

Apa pun, perkembangan terbaru ini pastinya mengujakan peminat Yamaha yang ternanti-nanti model apakah yang akan diperkenalkan di pasaran global kelak. 

Google ads
Back to top button