Artikel Pilihan

LITAR LUMBA BRAZIL UNTUK DIJUAL – CUKUP TAK DUIT BONUS TAHUN NI?

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Kita memang dah biasa sangat tengok iklan kereta untuk dijual. Kereta-kereta biasa termasuklah model-model rare seperti jentera F1 yang dipandu oleh Michael Schumacher mahupun Lewis Hamilton. Tapi iklan litar untuk dijual ni memang rare. Bahkan ia bukannya litar go-kart kampung yang menggunakan tayar terpakai sebagai penghadang keselamatan.

Mengikut laporan Autosport, bandar Sao Paolo di Brazil sedang mencari pembeli yang berminat untuk membeli Autodromo Jose Carlos Pace di Interlagos. Ingat litar biasa-biasa je ke?

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Litar ini mula menganjurkan perlumbaan GP Brazil buat pertama kali pada tahun 1972 dan kemudiannya menjadi litar alternatif kepada litar Jacarepagua (juga dikenali dengan nama Autodromo Internacional Nelson Piquet) berhampiran dengan Rio de Janeiro, yang telah menjadi litar tetap F1 sehinggalah tahun ini.

Litar ini mempunyai 15 selekoh dengan trek sepanjang 4.34 kilometer telah dibuka pada tahun 1940 dan juga merupakan tuan rumah kepada perlumbaan 6 Hours of Sao Paolo yang termasuk dalam kalendar FIA World Endurance Championship selain pelbagai perlumbaan lain.

BACA: 10 PERKARA YANG ADA PATUT TAHU TENTANG LAGENDA LITAR NURBURGRING

Keadaan ekonomi Brazil yang cukup teruk kebelakangan ini menyebabkan pihak berkuasa mengambil keputusan untuk menjual litar ini. Tiga pihak dikatakan berminat untuk memiliki litar ini termasuklah syarikat tempatan dan juga pembeli luar. Salah seorang daripadanya ialah bekas supremo F1, Bernie Ecclestone. Ecclestone juga turut memiliki satu lagi litar iaitu litar Paul Ricard di selatan Perancis.

Bagi kami ia merupakan satu langkah bijak bagi memelihara litar bersejarah agar terus wujud berbanding langkah yang diambil oleh bekas seorang menteri besar dulu yang menukar sebuah litar menjadi kondominium dan perumahan tidak mampu milik untuk rakyat biasa atas nama pembangunan (masa menaip pun rasa geram bila ingat balik pasal ni).

Buat masa sekarang keputusan masih belum dicapai sepenuhnya dan rundingan masih terbuka. Jadi jika ada antara anda semua berminat untuk memiliki litar bolehlah cuba merisik.

Bayangkan untuk meletakkan nama anda pada sebuah litar bersejarah. Jika Mazda mempunyai Mazda Raceway Laguna Seca dan Honda mempunyai Twin Ring Motegi, bayangkan betapa coolnya sebuah litar yang bernama Autodromo Internacionale Japar Kodiang.

Nanti korang nak race abang kasi special punya sewa. Tinggal lagi kena beli tiket pergi Brazil je.

Tags
Google ads
Back to top button