Motosikal

MARQUEZ CATAT KEMENANGAN KE-50 DALAM KELAS PREMIER DI BRNO

Nampaknya dominasi pelumba Repsol Honda, Marc Marquez di saingan MotoGP semakin sukar digugat apabila dia memenangi pelumbaan yang ke-50 dalam kelas premier di Litar Brno, Czech malam semalam. 

Ini merupakan kemenangan keenam Marquez dalam musim MotoGP kali ini. Pelumbaan di Litar Brno sebelum itu terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat dan membuatkan semua pelumba menggunakan tayar slick.  

Kemenangan tersebut membolehkannya menjadi salah seorang daripada empat perlumba yang berjaya mencatat kejayaan hebat itu. Marquez dilihat semakin mendekati rekod kemenangan pelumba dari Australia, Mick Doohan dengan 54 kemenangan. 

Dua lagi pelumba yang mencatat lebih 50 kemenangan dalam kelas premier ialah Valentino Rossi (89) dan  Giacomo Agostini (68). 

Pelumba dari Sepanyol itu kini mendahului senarai kejohanan MotoGP dengan 210 mata, 63 mata meningggalkan pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso (147 mata) di tempat kedua dan Danilo Petrucci (129 mata) di kedudukan ketiga.  Dengan baki sembilan perlumbaan, Marquez sememangnya berada dalam kedudukan yang selesa.  

Dalam perkembangan berkaitan, pelumba pasukan Red Bull KTM, Johann Zarco yang membuat kejutan dengan menduduki petak ketiga pada awal perlumbaan bagaimanapun gagal mengekalkan rentak cemerlang apabila hanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14. 

Sementara nasib pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin semakin malang apabila gagal menamatkan perlumbaan.  

Google ads
Back to top button