Artikel Pilihan

NISSAN HASILKAN PEWANGI YANG BERBAU SEPERTI TAYAR – INILAH WANGIAN PEKERJA KEDAI TAYAR SEJATI

Nissan bukan sekadar sebuah syarikat automotif biasa tapi mereka juga turut menghasilkan produk lain contohnya pewangi. Pewangi terbaru mereka sangat istimewa kerana ia mempunyai bauan seperti err…tayar. Bukan tayar semata-mata tapi ia digandingkan dengan bauan bunga sakura yang memang terkenal di Jepun. Hmm macam mana gandingan dua elemen berbeza ni?

Ia dinamakan “Smell My Dust”. Fuh dahsyat, pakai pewangi terus pandu Alza rasa macam pandu GTR. Nissan tidak menerangkan macam mana wangian berasaskan bau tayar ini dihasilkan tapi ia dilancarkan bersempena dengan Formula E yang akan berlangsug di Shanghai hujung minggu ini.

Ini merupakan perlumbaan jentera berkuasa elektrik pertama di Shanghai dan Nissan mahu menarik lebih perhatian dengan memperkenalkan wangian terbaru mereka. Menariknya pewangi dengan bau pelik-pelik ni memang menjadi kegilaan golongan muda.

Nissan berkolaborasi dengan makmal wangian terkenal di Shanghai untuk menghasilkan pewangi istimewa ini. Ramuan sebenar pewangi ini tidak diketahui tapi Top Gear menyatakan yang serpihan tayar sebenar digunakan dalam pembuatannya. Harap-harap tayar mahal la macam Pirelli P-Zero dan bukannya tayar-tayar buatan China atau Vietnam dengan nama yang pelik-pelik.

Ini sebenarnya bukan kali pertama Nissan hasilkan pewangi kerana sebelum ini pun terdapat beberapa wangian lain yang ditawarkan melalui Nissanperfume.com. Antara yang pernah dikeluarkan mereka ialah Armada, GTR, Patrol dan 350Z. Nissan Sunny tak ada pulak ye.

Nanti kami cubakan dapat sebotol dan cuba sendiri. Alamak abang nak kena jadi reviewer pewangi pulak ke macam mana ni?

Google ads
Back to top button