Modifikasi

PROTON PERDANA 4G63 RVR MANUAL

Kereta yang terkenal kerana kotak gearnya cepat kong. Dari kisah tepi jalan sampailah ke dewan parlimen, Proton Perdana mencapai status eksekutif apabila digunakan oleh pejabat kerajaan tak lama dulu.

Sekarang sudah masuk generasi kedua di mana Honda Accord dimagikkan jadi Proton Perdana. Apa rasionalnya memang saya tak boleh nak faham sampai sekarang.

Dari generasi awalnya lagi, Perdana 4 selinder atau disebut Sei telah melalui tempoh modifikasi yang panjang. Kini, walaupun popularitinya tak sehebat dulu tapi masih banyak lagi yang setia main kereta ini atas sebab ia murah, besar dan boleh diharap.

BACA – PERDANA TURBO 4G63 EVO II 4WD

BACA – VR4 BAGAI AUR DENGAN TEBING – PERDANA

Proton-Perdana-modified-mekanika (13)

Kalau anda jenis yang tidak suka berhutang, Perdana boleh beli pada harga serendah RM10,000 sahaja. Enjin 6A12 pun tak mahal sangat kalau dibandingkan dengan enjin 4 selinder 4G63.

Baiklah. Walaupun realitinya pilihan enjin paling tepat untuk Perdana ialah 6A12, tidaklah menjadi satu kesalahan kalau tamak nak kuasa dan guna enjin 4 selinder 4G63.

Proton-Perdana-modified-mekanika (10)

Ini contoh terbaik ialah brader Ahmad Kamal dari Ipoh. Asalnya, kereta ini enjin V6 Perdana body tahun 2004. Tidak lah tua sangat, tapi bila mengenangkan kuasanya yang begitu lemau sekali, Kamal mengambil jalan pantas dengan menggantikan enjin 4G63 RVR.

Power tak? Standard memang dah cukup power. Melainkan anda nak buat berlumba,  masuk BRX atau main CCT Time attack memang tak cukup. Jadi kuasa enjin ini dipertingkatkan dengan pemasangan beberapa komponen.

Proton-Perdana-modified-mekanika (11)

Antaranya ialah wastegate Percision 39mm, BOV HKS SSQV, intercooler Greddy, radiator HKS, extra injektor Evo 3 510cc, ecu Evo 3, ekzos 3 inci dan peredam bunyi HKS Super Dragger.

Transmisi wajib untuk Perdana ialah manual. Boleh ambil daripada mana-mana model sebab 4G63 ni banyak pilihannya. Kotak gear lima kelajuan ini dipadankan dengan klac Triniti dan flywheel Evo 3.

Proton-Perdana-modified-mekanika (6)

Tekan-tekan, dia punya pergi memang syok. Sebab antara banyak synchromesh kereta turbo, 4G63 ini saya rasa antara yang terbaik Mitsubishi pernah hasilkan.

Laju dan kuasa tidak bermakna tanpa suspensi yang baik. Brek pun jangan lupa. Jadi,  Kamal memasang absorber jenis Panther yang datang dengan spring 8kg/mm di depan dan 4kg/mm di belakang.

Proton-Perdana-modified-mekanika (8)

Brek yang sedap datang dari model RVR depan belakang. Cukup sifat, cakera besar, ventilated dan tukar pad baru pun dah meyakinkan.

Modifikasi bahagian dalam kurang meriah. Masih menggunakan tempat duduk Perdana kerana ia kukuh dan selesa.

Proton-Perdana-modified-mekanika (12)

Bahagian luar Perdana mestilah guna bodykit V6 Alpha atau Eterna. Spoiler bertenggek tinggi belakang tu memang design asal Eterna. Jangan mengada nak bubuh pada  Hiace atau Kelisa ke. Serius buruk!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button