Buletin

MAZDA CX-3 DIPERKENALKAN

Mazda Motor Corporation semalam memperkenalkan Mazda CX-3 serba baharu kepada dunia dalam acara Los Angeles Auto Show 2014. 

Mazda-CX-3-mekanika (13)

SUV crossover kompak itu merupakan model kelima dalam rangkaian kenderaan generasi baru Mazda yang tampil dengan teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO-Soul of Motion sepenuhnya.

Dengan pelancaran global bermula di Jepun pada musim bunga tahun depan, CX-3 dijangka menjadi model penting dalam barisan produk Mazda.

Mazda-CX-3-mekanika (2)

Jentera itu dikatakan memiliki segala elemen yang dimahukan oleh pengguna pada sebuah kenderaan. Reka bentuk menarik, gayaan dramatil, teknologi terkini serta kualiti pengendalian dan sistem keselamatan yang komprehensif.

Sekali pandang, CX-3 kelihatan seperti model Mazda2 baharu yang mempunyai profail badan lebih tinggi. Sekiranya dilancarkan di Malaysia, ia bakal menjadi pesaing sengit untuk model-model seperti Peugeot 2008, Ford EcoSport dan Honda HR-V.  

Mazda-CX-3-mekanika (10)

Mazda menawarkan CX-3 dengan beberapa pilihan enjin. Antaranya ialah enjin diesel bersih SKYACTIV-D 1.5 liter dan enjin petrol SKYACTIV-G 2.0 liter, bergantung kepada pasaran.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan pilihan transmisi enam kelajuan manual atau automatik. Turut diperkenalkan pada CX-3 ialah sistem pacuan semua roda (AWD) terbaru Mazda.

Mazda-CX-3-mekanika (11)

Walaupun BHPetrol baru sahaja melancarkan diesel Euro5 yang buat masa sekarang hanya ditawarkan di stesen minyak di Johor, harapan untuk melihat pengedar kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor membawa varian diesel ke pasaran tempatan memang nipis.

Mazda-CX-3-mekanika (14)

Di ruang kabin, selain menampilkan rekaan yang kemas dan material berkualiti tinggi, pengguna pasti teruja dengan kehadiran sistem infotaimen Mazda Connect. Mazda juga tidak berkompromi dari segi keselamatan apabila melengkapkan CX-3 dengan ciri-ciri i-ACTIVSENSE.
[hr]GALERI

Mazda-CX-3-mekanika (1)Mazda-CX-3-mekanika (3)Mazda-CX-3-mekanika (5)Mazda-CX-3-mekanika (9)Mazda-CX-3-mekanika (6)Mazda-CX-3-mekanika (7)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button