
MAZDA CX-3 FACELIFT 2022. APPLE CARPLAY/ANDROID AUTO TANPA WAYAR, SKRIN 8”, BERMULA RM132K
Bermaz Motor baru sahaja melancarkan model crossover kompak CX-3 facelift untuk pengguna di Malaysia.
Hadir dalam warna baharu Platinum Quartz Metallic, jentera itu telah menerima beberapa penambahbaikan.
Antaranya ialah ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecasan tanpa wayar Qi, skrin paparan 8 inci, amaran tali pinggang keledar depan dan belakang sebagai ciri standard.

Spesifikasi CX-3 2022 bagaimanapun tidak berubah. Ia masih menggunakan lampu depan belakang LED, G-Vectoring Control, Power Sunroof, sistem keselamatan seperti High Beam Control (HBC), Blind Spot Monitoring (BSM), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Driver Attention Alert (DAA) dengan Driver Monitoring, Smart City Brake Support (SCBS), Lane Departure Warning System (LDWS) dan banyak lagi.
Jentera itu dipasang paparan kamera undur 360º untuk memudahkan urusan memarkir.
Didatangkan dalam bentuk CBU dari Jepun, CX-3 turut hadir dalam warna merah, kelabu, putih dan biru. CX-3 2022 kini sudah boleh ditempah dan ditawarkan pada haga bermula RM131,929 seunit.
- BACA: MAZDA HENTIKAN PRODUKSI CX-3, GANTI DENGAN CX-30
- BACA: MAZDA CX-30 2.5 TURBO! 250 HP 434 NM
- BACA: NISSAN KICKS KINI DI THAI, SAINGI HR-V, CX-3 (DAN X50?)
- BACA: NILAI BAHT TERUS NAIK, MAZDA PINDAH PRODUKSI CX-3 DARI THAILAND KE JEPUN
GALERI


