Buletin

MAZDA CX-30 2.5 TURBO! 250 HP 434 NM

Teknologi enjin Mazda bukan semata-mata mampatan tinggi pada aspirasi normal tetapi turut merangkumi pengecas turbo. Di Amerika Syarikat contohnya, kesemua model kecuali CX-3 dan CX-5 menggunakan kuasa pendesak itu dan yang terbaru giliran CX-30.

Sebelum ini Mazda memperkenalkan nadi 2.5 liter turbo pada Mazda3, CX-9 dan CX-5.

Enjin Skyactiv-G 2.5 Turbo pada CX-30 membekalkan kuasa 250 hp dan tork 434 Nm (oktana 93) atau 227 hp dan tork 420 Nm (oktana 87).

Kombinasi enjin turbo dan sistem pacuan semua roda i-Actic akan membantu pemanduan CX-30 dalam pelbagai jenis permukaan.

Selain 2.5 Turbo, Mazda CX-30 pasaran AS digerakkan enjin 2.5 liter aspirasi normal berkuasa 186 hp dan tork 252 Nm.

Dari segi gayaan, Mazda CX-30 Turbo tidak banyak berbeza kecuali skema warna hitam, muncung ekzos lebih besar dan logo TURBO pada pintu but.

Warna hitam pada cermin sisi dan roda aluminium 18 inci serta body cladding warna gelap berjaya menaikkan imej berkuasa dan garang SUV saiz sederhana ini.

Pada bahagian dalam, CX-30 Turbo dilengkapi cermin pandang belakang tanpa bingkai dengan fungsi automatik malap, skrin tengah 8.8 inci dan 12 unit pembesar suara Bose®.

Dari segi keselamatan Mazda CX-30 Turbo mempunyai pelbagai teknologi pemanduan di bawah sistem i-Activsense.

Di antaranya ialah Smart City Brake Support Reverse with Rear Cross-Traffic Braking, Traffic Jam Assist, Mazda Radar Cruise Control.

Lagi teknologi adalah Active Driving Display, Traffic Sign Recognition dan Adaptive Front-lighting System.

Di pasaran tempatan Mazda CX-30 ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu 2.0 liter Skyactiv-G N/A berkuasa 162 hp dan tork 213Nm.

Enjin petrol itu mempunyai pilihan pacuan 2WD atau semua roda AWD.

Satu lagi pilihan ialah 1.8 liter Skyactiv-D (diesel turbo) dengan kuasa 114 hp tork 270Nm dan dipacu dua roda depan.

Mazda CX-30 2.5 Turbo 2021 dijadual untuk mula dijual di Amerika Syarikat pada penghujung 2020.

BACA: EDISI 100 TAHUN MAZDA DENGAN PENGARUH MODEL INI: MAZDA R360

BACA: MAZDA 323 (FAMILIA), MODEL IKONIK RWD!

BACA: 3 GENERASI MAZDA RX-7 FB, FC, FD DENGAN ENJIN ROTARY IKONIK

Kredit foto: Mazda

Google ads
Back to top button