
JUALAN KENDERAAN MENINGKAT SEBANYAK 52,800 UNIT PADA BULAN OGOS
Jualan kenderaan di Malaysia tinggi pada Ogos 2020 apabila meningkat 3.0 peratus kepada 52,800 unit daripada 51,148 unit pada bulan sama tahun lalu.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata jumlah jualan lebih tinggi itu didorong oleh kempen promosi yang berterusan oleh syarikat automotif.
Bagaimanapun, dalam kenyataan MAA berkata jumlah jualan pada Ogos 2020 susut 8.0 peratus berbanding angka yang dicatatkan pada Julai 2020 berikutan tempoh bekerja lebih pendek pada bulan lepas susulan cuti umum.
“Jumlah keseluruhan industri (TIV) pada Julai 2020 juga tinggi susulan tempahan tertunggak dapat diselesaikan selepas pengumuman insentif pengecualian cukai jualan,” menurut MAA.
Persatuan itu berkata pengeluaran meningkat kepada 50,228 unit pada Ogos 2020 daripada 47,000 unit pada Ogos tahun lepas.
Jumlah jualan pada September 2020 diunjurkan kekal pada angka yang direkodkan semasa Ogos 2020, disokong oleh kempen promosi berterusan.
“Selain itu sentimen pengguna kekal berhati-hati dengan tempoh moratorium akan berakhir pada 30 Sept, 2020,” ujarnya. – Bernama
- BACA: PROTON X50 DIDEDAH SECARA RASMI. 4 VARIAN, GKUI E01, BOLEH TEMPAH MULAI ESOK
- BACA: D55L KONFEM TAK LANCAR TAHUN INI – BOS PERODUA
- BACA: HONDA MALAYSIA PERKENAL PELAN INSURANS HiP YANG LEBIH KOMPREHENSIF
- BACA: NISSAN ALMERA 2020. 3 VARIAN, ENJIN 1.0L TURBO, NISSAN INTELLIGENT MOBILITY. BOLEH TEMPAH SEKARANG!