Buletin

MAZDA2 2024 FACELIFT BAKAL BERADA DI AUSTRALIA PADA JUN. NAMPAK MACAM SAMA JER?

Mazda memperkenalkan Mazda2 2024 versi facelift yang bakal dilancarkan di Australia pada Jun dan penghantaran dijangka bermula pada Julai.

Perubahan bermula di bahagian gril hadapan yang dipadankan dengan warna hitam selain memasukkan aksen berwarna kuning atau merah, bergantung pada model diinginkan pelanggan.

Untuk model hatchback serta Mazda2 GT Sedan, ia mendapat kemas kini pada bampar belakang yang direka bentuk semula, walaupun anda mungkin memerlukan mikroskop untuk melihat perubahan dilakukan. Bampar baharu itu turut menggunakan aksen berwarna kecil seperti di gril hadapan.

Mazda juga memperkenalkan dua skema cat baharu untuk tahun model 2024 iaitu Aero Grey Metallic dan Airstream Blue Metallic. Pembeli kini mempunyai sembilan warna luaran untuk dipilih. Model Pure SP didatangkan standard dengan bumbung hitam berkilat.

Perubahan yang dibuat pada bahagian dalam lebih jelas berbanding di bahagian luar apabila menawarkan kemasan Pure White, Mirror Black atau Mint untuk model Pure dan Pure SP.

Untuk varian Evolve dan GT pula, tempat duduk separa kulit dipadankan dengan warna hitam serta kemasan warna merah. Kemas kini lain termasuklah hujung dwi ekzos serta rim berbilang jari.

Di sebalik semua keterujaan itu, Mazda bagaimanapun masih belum mendedahkan perincian mengenai kuasa dan harga untuk Mazda2 2024.

GALERI:

Google ads
Back to top button