Buletin

BHPETROL RAI PEMENANG PERADUAN FUEL-ING ONG. PEMENANG BAWA PULANG JONGKONG EMAS 999.9

Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPterol) meraikan para pemenang peraduan ‘Fuel-ing Ong’ yang berlangsung bermula pada 15 Januari hingga 15 Mac lalu.

Peraduan sempena sambutan Tahun Baru Cina itu berjaya menarik lebih setengah juta penyertaan dari seluruh negara.

Para peserta hanya perlu membuat pembelian bahan api BHPetrol Infiniti atau barangan di kedai BHPetromart minimum RM30.

Melalui peraduan tersebut, ia turut menyumbang peningkatan angka jualan dan transaksi penggunaan kad kesetiaan BHPetrol eCard.

Peraduan ‘Fuel-ing Ong’ menawarkan hadiah berupa jongkong emas 999.9 seberat 20 gram dan juga 10 gram kepada 100 orang pemenang.

Dalam meraikan 30 para pemenang di sekitar Lembah Klang, BHPetrol telah mengadakan upacara penyampaian hadiah di The Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad telah menyampaikan hadiah berkenaan kepada para pemenang.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, dan merakamkan setinggi penghargaan kepada pelanggan yang turut serta di dalam peraduan ini.

“Ini merupakan salah satu cara kami untuk menghargai pelanggan yang telah memberikan sokongan kepada jenama itu, dan kami akan berterusan membawakan promosi yang menarik, serta perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan kami,” katanya.

Google ads
Back to top button