" "
Artikel Pilihan

FERNANDO ALONSO – BEKAS JUARA F1 YANG KEMBALI MENYINAR MUSIM INI

Nama bekas juara Formula 1, Fernando Alonso secara tiba – tiba kembali mencuri tumpuan peminat dalam sukan ulung tersebut musim ini. Tanpa diduga, Fernando Alonso telah mempamerkan prestasi yang cukup konsisten setelah beberapa menaiki podium dan kini sedang berada dalam di kedudukan tempat ketiga keseluruhan dibelakang Sergio Perez dan pendahulu Max Verstappen.

Jom kita semak sedikit tentang beberapa fakta menarik mengenai beliau.

  • Fernando Alonso Diaz adalah nama sebenar kepada pemandu F1 ini dan dilahirkan pada 29 Julai 1981 di Oviedo, utara Sepanyol.
  • Fernando Alonso terlebih dahulu menyemai minat dalam sukan perlumbaan kart seawal 3 tahun sebelum mula memasuki perlumbaan sebenar dan menang setelah usianya menginjak ke tujuh tahun.
  • Ketika di pertengahan usia remaja, sudah banyak pingat dan hadiah kemenangan yang berjaya dikumpul dalam perlumbaan kart sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun peringkat antarabangsa.
  • Pada tahun 1999 beliau telah memenangi perlumbaan kelas satu tempat duduk di Sepanyol dengan ganjarannya adalah peluang untuk memandu uji jentera F3000 yang disokong oleh pasukan F1 Minardi serta kontrak ujian untuk pasukan F1 Minardi sendiri. Setahun kemudian beliau diterima sebagai pemandu uji dan pemandu simpanan sebelum menyertai pasukan F1 Minardi pada tahun 2001.
  • Memandangkan jentera Minardi ketika itu yang dianggap sebagai kodi, maka tiada keputusan cemerlang yang boleh diharapkan. Keputusan terbaiknya adalah tempat ke 10 di German Grand Prix langsung tidak mengutip sebarang ketika itu.
  • Pada tahun 2002, beliau telah menyertai pasukan Renault sebagai pemandu uji terlebih dahulu sebelum menyertai pasukan sebagai pemandu F1 pada tahun berikutnya.
  • Ketika perlumbaan kedua F1 di Malaysia, Fernanti Alondo berjaya mencipta rekod sebagai pemandu termuda untuk memenangi petak pertama serta menjadi pemandu termuda memenangi perlumbaan F1 di Hungary pada usia hanya 21 tahun.
  • Kemuncak prestasi Fernando Alonso adalah pada tahun 2005 apabila berjaya memenangi kejuaraan ulung F1 bersama jentera R25 untuk menamatkan dominasi pemandu lagenda pasukan Ferrari Michael Schumacher sekali gus memecah rekod sebagai juara F1 termuda yang dipegang sebelum ini oleh Emerson Fittipaldi juara F1 pada tahun 1972.
  • Dan beliau sekali lagi melakukannya untuk bergelar juara F1 pada tahun 2006 dengan bergaya dan dramatik sehingga ke akhir musim apabila sekali lagi menewaskan lagenda Michael Schumacher sewaktu perlumbaan di Brazil.
  • Kemudiannya pada tahun 2007 hingga 2009 beliau telah menyertai pasukan McLaren bagi mencari angin baharu. Di akhir musim 2009, beliau dan McLaren berpisah dengan persetujuan bersama setelah berlaku beberapa insiden dan perbalahan membabitkan rakan pasukan Lewis Hamilton ketika itu.
  • Menyertai pasukan Ferrari pada tahun 2010 hingga ke 2014 namun masih tiada keputusan yang memberangsangkan. Malah ketika di akhir tahun kontrak bersama Ferrari beliau hanya berupaya mendapat tempat keenam keseluruhan sahaja.
  • Kembali semula menyertai pasukan McLaren bermula 2015 hingga ke 2019 namun penggunaan enjin Honda yang dianggap lemau menjadikan bekas juara F1 ini juga lemau. Beliau hanya berlumba setakat tahun 2018 sahaja dengan prestasi yang cukup merudum namun kekal bersama McLaren sebagai duta pada tahun 2019.
  • Setelah sepi seketika dalam F1, Fernando Alondo kembali menyertai pasukan Alpine yang telah menjalani proses penjenamaan semula daripada pasukan Renault.
  • Dan tahun ini, Fernando Alonso telah diikat untuk menyertai pasukan Aston Martin Aramco Cognizant F1 yang kembali menyertai dunia F1 bermula tahun 2021. Ketika itu pasukan tersebut memilih Sebastian Vettel sebagai pemandu utama. Dan musim ini, pilihan pemandu yang dianggap veteran Fernando Alonso cukup membuahkan hasil apabil berjaya menaiki sedari awal musim lagi dan kini dianggap sebagai pencabar kejuaraan F1 musim ini.

Siapa kata orang lama tidak boleh lagi menyinar?

BACA : FERNANDO ALONSO KEMALANGAN KETIKA BERBASIKAL

BACA : HONDA UMUM TARIK DIRI DARI FORMULA 1 PADA PENGHUJUNG MUSIM 2021

Google ads

B K

Back to top button