Stail

MIMPI LAWAN REALITI

JUDUL: The Secret Life of Walter Witty

Genre: Komedi

Arahan: Ben Stiller

Pelakon: Ben Stiller, Adam Scott, Kathryn Hahn, Kristen Wiig, Sean Penn dan Shirley Maclaine.

Bintang: ***

hib-witty7

Mimpi boleh jadi suatu fantasi indah yang boleh bertukar menjadi sebaliknya di alam realiti. Namun, apakah yang berlaku apabila mimpi dan realiti tidak lagi dapat dibezakan?

Selamat berkenalan dengan Walter Witty (lakonan Ben Stiller), seorang lelaki pendiam yang bekerja dengan majalah Life di bahagian pengurusan foto.

hib-witty4

Walter dan hampir keseluruhan pekerja majalah itu bakal diberhentikan kerja. Namun Walter yang selama ini sering bermimpi dan membina angan-angan kosong mengalami cabaran hebat apabila dia secara tidak sengaja menghilangkan foto yang bakal digunakan untuk menjadi penghias muka depan edisi terakhir majalah tersebut.

Edisi terakhir majalah itu sangat penting kerana pengurusan syarikat majalah terbabit bakal bertukar tangan. Naskhah kali ini cukup bermakna dan perlu dihasilkan sebaik mungkin untuk mengukir sejarah sebagai majalah Life terbaik pernah diterbitkan.

DF-11070-Edit - Ben Stiller in THE SECRET LIFE OF WALTER MITTY.

Namun, Walter telah memusnahkan segalanya. Dia perlu memperbetulkan keadaan kucar-kacir yang telah diciptanya itu. Malangnya, ketika dia mahu melepaskan diri daripada tekanan yang dialaminya itu, Walter masih mampu berimaginasi yang bukan-bukan.

Di samping bertindak sebagai pelakon utama, Ben Stiller juga merupakan pengarah filem ini. Cukup dikenali sebagai pelakon komedi gred A Hollywood, Stiller sukses dalam mengekalkan status yang telah diraihnya itu menerusi naskhah ini.

Kristen Wiig filming as a NYC Police Officer on the set of "The Secret Life of Walter Mitty" being directed by costar Ben Stiller in Manhattan, NYC.

Muncul berbeza daripada segi lakonan komedinya sebelum ini seperti yang telah ditampilkan menerusi filem Night at the Museum, Zoolander, There’s Something About Mary dan banyak lagi, Stiller menampakkankematangan skil lakonannya.

Bukan mudah untuk melakonkan watak manusia yang terperangkap di antara dunia realiti dan mimpi dengan penuh menyakinkan. Pada masa yang sama perlu bertindak sebagai pengarah. Namun Stiller berjaya merealisasikannya.

hib-witty6

Menyuntik daya tarikan naskhah ini sudah tentu sinematografinya yang

Buck and up say payday loan gray great the!

cukup memukau dalam memaparkan titian kembara perjalanan kisah hidup penuh rahsia Walter. Dunia Walter bukan sekadar terperap di pejabat semata-mata, tetapi melangkaui alam semesta yang fana ini.

hib-witty5

Jangan keliru apabila mimpi dan realiti tidak lagi dapat dibezakan dalam naskhah ini kerana kedua-duanya saling berlawan antara satu sama lain untuk menjadi suatu realiti.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button