Stail

MALEFICENT: MAGIS ANGELINA JOLIE

Filem: Maleficent
Genre: Fantasi, romantik, aksi
Pengarah: Robert Stromberg
Pelakon:   Angelina Jolie, Elle Fanning, Sharlto Copley,  Lesley Manville, Imelda Staunton, Juno Temple,  Sam Riley,  Kenneth Cranham dan Brenton Thwaites
Bintang: ****

Maleficent-Mekanika (6)

RM1.2 bilion! Itu angka  kutipan terkumpul hasil tayangan di seluruh dunia naskhah terbaharu karya Disney ini selepas ditayangkan dalam masa kira-kira dua minggu lalu.

Mahu  atau tidak Menerima realitinya, itu magis dan sihir yang sukses disirna oleh Angelina Jolie selaku karakter utama sebagai Maleficent – ahli sihir yang ditakuti umat manusia.

Maleficent-Mekanika (5)

Maleficent menghuni dalam alam yang dikenali Moors, bersama segala makhluk ganjil termasuk pari-pari. Moors bersempadan dengan sebuah negara yang dihuni manusia  diperintah Raja Henry (Kenneth Cranham) yang sudah lama mahu menakluk Moors tetapi gagal.

Merealisasikan watak yang  cukup sinonim dengan kejahatan, ia ternyata sudah sekian lama dipaparkan menerusi karya Disney. Baik dalam bentuk filem cereka mahupun animasi.

Maleficent-Mekanika (12)

Namun, karya ini jelas sekali anti-klise. Ya, Maleficent memang ahli sihir yang kelihatan menakutkan, biarpun jelita tetapi ia bersayap! Menerusi karya arahan Robert Stromberg ini, ia menyelongkar sisi putih di sebalik kehitaman nyata lahiriah seorang ahli sihir.

Ahli sihir juga mempunyai hati dan perasan yang murni. Demi cinta, Maleficent menaruh kepercayaan terhadap seorang manusia, Stefan (Sharlto Copley) yang disangka merupakan cinta sejatinya.

Maleficent-Mekanika (11)

Manusia ternyata juga mempunyai sisi hitamnya. Stefan yang bercita-cita menjadi raja telah menerima cabaran Raja Henry untuk menamatkan riwayat Maleficent. Stefan lantas memotong sayap Maleficent  untuk meraih ganjaran dilantik sebagai raja baharu menggantikan Raja Henry yang sudah nazak.

Maleficent-Mekanika (9)

Sejak itu Maleficent melihat bahawa tiada lagi kewujudan cinta sejati. Ia lantas mencernakan sisi hitam Maleficent. Dia lalu membuat sumpahan terhadap anak King Stefan, Puteri Aurora (Elle Fanning)  yang akan tidur buat selama-lamanya menjelang harijadinya yang ke-16 hasil tusukan jarum pada jarinya. Sumpahan itu hanya berakhir dengan ciuman daripada individu yang memiliki kasih sayang sejati.

MALEFICENT

Sebagai filem fantasi, visual naskhah ini ternyata begitu indah dan mempesonakan. Namun, apa yang lebih menimbulkan pesona adalah jalinan hubungan yang wujud antara Maleficent dan Puteri Aurora.

Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Namun yang pasti, ia ternyata suatu magis.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button