Pandu Uji

MINI COOPER S PACEMAN

MINI Malaysia baru-baru ini memperkenalkan MINI Cooper S Paceman serba baharu yang merupakan model ketujuh dan terkini dalam keluarga MINI. 

BMW 05

Sebagai Sports Activity Coupé (SAC) yang pertama dalam keluarga MINI, Paceman memiliki daya tarikan unik yang hanya boleh dialami dengan sebuah MINI. Apa lagi kalau bukan reka bentuk yang ikonik dengan pemanduan ala go-kart. Selain peralatan serta ambien dalaman yang eksklusif dan bergaya.

 BMW 01 (1)

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils menyatakan bahawa dengan populariti jenama MINI di Malaysia, beliau yakin model ini akan dapat membawa MINI ke tahap lebih tinggi.

“Sehingga April 2013, BMW Group Malaysia telah pun menyerahkan sebanyak 2,241 buah kenderaan kepada pelanggan yang terdiri daripada MINI, BMW dan BMW Motorrads. Ini merupakan peningkatan sebanyak 5% berbanding tempoh sama tahun lalu yang menyaksikan kami menyerahkan 2,136 buah kenderaan. 

BMW 06

“BMW Group Malaysia telah mengalami pertumbuhan positif sejak permulaan 2013. Saya yakin MINI Cooper S Paceman mampu mengukuhkan pertumbuhan perniagaan jenama ini di Malaysia,” kata Pils.

Mula diumumkan pada 2011, Paceman dibina di atas platform model Countryman dengan bahagian cermin belakangnya menyerlahkan gaya sebuah coupe dua pintu.

P90117259

Lampu belakangnya pula mengetengahkan reka bentuk melintang yang pertama bagi MINI. Harus tahu juga bahawa Paceman merupakan kereta pertama dalam barisan MINI yang memiliki plat nama di bahagian belakangnya.

Paceman menggunakan unit enjin empat silinder untuk pemanduan bertenaga, selain   penggunaan minyak serta emisi rendah. Memiliki ciri pemanduan go-kart yang menjadi warisan MINI, Paceman dipacu oleh enjin petrol 1.6 liter berkuasa 135kW (184hp) @  5,500 rpm. Torknya pula mencecah 240Nm yang tersedia di antara 1,600 hingga 5,000rpm.

P90102399_highRes

Prestasi ini  membolehkan Paceman memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.8 saat dengan kelajuan maksimum 212 km/j. Biarpun begitu, purata penggunaan minyak berada pada paras 7.5 liter bagi setiap 100km (kitaran ujian EU).

Bahagian dalaman Paceman terus menyerlahkan susun atur yang menarik dan dinamik. Ia memiliki ciri tipikal sebuah MINI seperti meter laju berbentuk bulat yang besar. Berkonsepkan ruang istirehat, ruang belakangnya menempatkan dua tempat duduk bersaiz penuh yang diletakkan secara berasingan.

P90117186

Turut dipasang buat pertama kalinya untuk MINI dan secara eksklusif untuk Paceman ialah ciri MINI Connected yang meliputi Radio MINI Visual Boost dengan paparan LCD bersaiz 6.5 inci.

Paceman didatangkan dalam lima warna pilihan iaitu biru dan tembaga. Bahagian bumbung dan penutup cermin sisi boleh dicat dengan warna kereta, putih atau hitam. Pakej bumbung kaca turut disediakan sebagai pilihan dengan kos tambahan sebanyak RM 7,888.

P90107472_highRes

Oh ya, sebelum terlupa. Sewaktu majlis pelancaran model ini, Pils mengumumkan pihaknya bakal melaksanakan proses pemasangan tempatan (CKD) MINI di Kulim, Kedah.

Dijadual bermula pada akhir tahun ini, MINI CKD tersebut hanya untuk pasaran Malaysia. Sumber memberitahu model CKD pertama ialah MINI Countryman. Sungguh?

[hr] Galeri

BMW 02BMW 04P90102376_highResP90102386_highResP90102397_highResP90107448_highResP90107460_highResP90107466_highResP90117255P90117177P90117139P90117231 P90107446_highRes

 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button