BuletinModifikasi

MINI YANG GEMUK – AUSTIN MINI ‘FAT BOY’

Sebelum korang meneka bukan-bukan kami ingin jelaskan yang ini bukan gambar Photoshop. Austin Mini obesiti ni memang wujud dan untuk dijual. Ia telah dilebarkan oleh pemilik asal sehingga mampu memuatkan 6 penumpang dengan selesa dalam satu masa berbanding Mini yang asal.

Modifikasi Mini ni memang pelik, sewaktu orang lain sibuk dengan upgrade bodykit ataupun tambah kuasa pada enjin pemiliknya pula sibuk nak melebarkan kereta ini. Bukan sikit-sikit tetapi hampir 2 kaki berbanding asal.

Walaupun nampak macam modifikasi ‘bodoh’ je tetapi banyak masa telah dihabiskan pemilik untuk projek ini. Tempat duduk depan dan belakang terpaksa diubahsuai dengan yang lebih panjang, pengelap cermin kini bukan dua tetapi tiga. Malah enjin petrol 1275 cc yang digunakan telah dibina semula sebelum dipadankan dengan kotak gear manual. Mini ini juga turut mempunyai sunroof berkuasa elektrik sepenuhnya.

BACA: MINI CLUBMAN STERLING EDITION – 20 UNIT SAHAJA, RM268,888

Itu belum termasuk bahagian papan pemuka dan cermin yang terpaksa dikacuk dari dua unit berbeza untuk menambah kepanjangannya. Tapi hasilnya jika dilihat dari dalam gambar memang cukup kemas.

Berminat untuk memilikinya? Ini memang peluang baik anda kerana ia kini diiklankan di laman jual beli eBay. Pemiliknya menyatakan yang Mini ini mampu bergerak dengan lancar dan langsung tidak mempunyai sebarang karat pada bahagian badan.

Cuma ada beberapa masalah sahaja. Satu kereta ni berada di United Kingdom. Satu lagi ialah kereta ini tidak mempunyai sijil MoT (kira macam kelulusan JPJ/Puspakom di Malaysia). Jadi ia tidak boleh digunakan di atas jalan raya awam. Setakat dalam estet tu memang takde hal punya. Akhir sekali ia belum siap dibaikpulih sepenuhnya. Kira kena sambung sikit lagi mekap bagi meletop.

Okey, kereta cantik dan unik tapi tak boleh digunakan atas jalan raya, buat apa beli? Mudah sahaja, ia boleh menjadi bahan pengiklanan untuk menarik perhatian pelanggan kepada perniagaan anda. Bayangkan letak kereta pelik macam ni depan kopitiam anda ataupun depan warung kopi tok penghulu. Tak ramai ke orang berhenti tengok. Ingat Hard Rock tu suka-suka je ke letak motor Harley berpusing depan premis diorang. Strategi pemasaran der.

GALERI:

Google ads
Back to top button