Buletin

POLIS KEDAH TERIMA 30 UNIT TOYOTA HILUX GS CARGO 2.4L

Polis Kedah menerima sebanyak 30 unit Toyota Hilux GS Cargo 2.4L (MT) bagi menggantikan kenderaan lama yang dilupuskan kontinjen negeri terbabit.

Aset terbaharu berkenaan akan diagihkan kepada 28 unit untuk kegunaan kontinjen negeri Kedah, 1 unit Pulapol Langkasi dan 1 unit Markas Operasi Pasukan Polis Marin Langkawi Wilayah 1.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim menyempurnakan majlis penyerahan kenderaan berkenaan di Dataran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Hadir sama ialah Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan.

Mazlan berkata kesemua kenderaan yang diterima akan digunakan secara maksimum dan efisyen.

Beliau menambah, aset berkenaan akan digunapakai terutama dalam usaha pencegahan jenayah, mengawal keselamatan sempadan serta penugasan harian dalam memastikan keselamatan dan ketenteramam awam sentiasa terjamin.

Dalam pada itu, Hasanuddin berkata pihaknya mengerah anggotanya melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri di seluruh negeri ini.

“Polis Kedah mendapat arahan untuk melakukan rondaan, kita tengok rumah yang ada banyak kereta, kita akan semak.

“Bukan sekadar kereta, kita tengok selipar, kasut di rumah itu banyak, juga kita akan periksa,” katanya. –FB Polis Kedah, UM

Google ads
Back to top button