
MITSUBISHI DELICA MINI AWD RASMI DILANCARKAN DI JEPUN – 52HP ATAU 64HP, HARGA BERMULA RM60K
Sejak muncul di pratonton awal November 2022, Mitsubishi akhirnya melancarkan model Delica Mini di Jepun.
Delica mini tersedia dengan pilihan pacuan semua roda dan kuasa hibrid manakala ciri reka bentuknya pula diinspirasikan dari Delica D:5 termasuklah skid plate seakan SUV.
Dicipta untuk mematuhi peraturan kei car, Delica Mini mempunyai dimensi 3395mm (panjang), 1475mm (lebar), 1830mm (tinggi) dan jarak roda pada 2495mm.

Bergantung pada trim, ia didatangkan bersama pilihan rim 14 atau 15 inci selain dibekalkan tangki bahan api berkapasiti 27 liter.
Beralih kepada kuasa, Delica Mini dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris 660cc yang berupaya menghasilkan 52hp dan tork 60Nm.
Untuk rekod, varian tertinggi menghamburkan kuasa 64hp, tork pada 100Nm dan kedua-dua enjin tersebut digandingkan bersama transmisi CVT dengan sistem pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda.
Selain daripada Grip Control dan Hill Descent, ia juga dipadankan dengan lampu depan LED adaptif (dengan pancaran tinggi automatik), kawalan pelayaran adaptif, bantuan terus lorong, serta pengecaman tanda trafik.
Delica Mini tersedia dalam 12 kemasan warna termasuk warna dua tona dan pelanggan boleh memilikinya pada harga bermula AS$13,800 hingga AS$17,000 (RM60,761 – RM74,851).






- BACA: KEI CAR MASIH JADI PILIHAN RAKYAT JEPUN – CATAT JUALAN 1.17 JUTA UNIT PADA 2022. HONDA N-BOX PALING POPULAR
- BACA: KEI CAR TANTO FUNCROSS, SEDIA MENGUASAI JALAN RAYA DI BANDAR
- BACA: SUZUKI ALTO LAPIN LC – KEI CAR COMEL & KLASIK!
- BACA: NISSAN SAKURA DILANCARKAN DI JEPUN – KEI CAR EV 63 HP, DARI RM61K







