Modifikasi

HONDA CIVIC EK – YOO PUTEH THE CHAMPION

Nampak kelibat Civic EK Type R, secara automatik ramai mesti kata yang ianya milik seorang yang kaya raya. Mudah kata, bukan calang-calang orang yang sanggup bergadai tanah, berikutan harga komponen gantiannya yang masih tinggi melangit.

Nak biar standard pekak pun tiada masalah. Duit masing-masing. Setidak-tidaknya boleh juga berpersatuan dengan golongan uncle-auntie di kedai kopi. Tapi kalau jenis minat sangat macam Yoo Yo ni, memang silap besarlah tak bikin sampai katam. Kereta joki drag kot, takkan standard mended..!

BACA: CIVIC TYPE-R, KERETA FWD TERPANTAS DI NURBURGRING!

BACA: CIVIC EK GOLD 200HP, APA LAGI ANDA MAHU?

Lahir sebagai hatchback 2-pintu, sudah cukup membuatkan ia lulus di mata awek yang lalu-lalang Pantai Kelulut. Langsung tak telan dek zaman. Kalau dah siap bikin begini, duduk sebelah Civic FC Turbo yang baru tu pun tak segan. Power pun dah lebih kurang sama. Tapi sapa yang kena tinggal, itu kena test dululah.

Persalinan luar diambil terus dari Civic EK9 Type R. Ia kemudian diberi perhiasan lebih menarik seperti penggunaan hood CF J’s Racing, cermin sisi Spoon dan lampu belakang Sonar. Paling menarik unit spoiler GT dari Cusco, yang memiliki tapak khas mengikut lekuk cerminnya. Cun!

Bahagian roda diisi rim 16-inci jenis Volk Racing CE28 yang dibalut tayar Toyo Proxes T1R bersaiz 205/45R-16. Di sebalik roda depan terpampang sepasang kaliper berwarna biru dari Spoon yang berfungsi mengigit rotor keluaran Jun.

Untuk pengendalian lebih sempurna, sistem gantungan dinaik taraf menggunakan set suspensi Buddy Club, termasuk penggunaan subframe belakang Function 7, lengan bawah serta kit camber Hardrace. Memang keras cokeng, tapi pasti sedap setiap kali mengacah selekoh.

Enjin asal kalau nak tahu memang lemau. Sebelum dimalukan geng Satria Neo yang acah-acah resing, Yoo hantar kereta ni ke ESR Garage Perlis untuk dinaik taraf. Jauh tu, mesti besar sponsornya. Seperti yang semua sedia maklum, pilihan yang ada cukup banyak dan boleh dirojak-rojak. Tapi sebab minat ngan spec JDM asal, Yoo terus sumbat enjin VTEC B16B dari Civic EK9 Type R sebagai ganti.

Sejak berdekad lamanya, B16B disegani kerana keupayaannya menghasilkan kuasa yang agak tinggi berbanding enjin NA kebanyakan. Gila tak power, tengok bentuk kepala piston pun ngeri. Walaupun cuma 1.6-liter ajer, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 185hp. Kalau ikut nisbah kuasa per liter, enjin K20A Type R pun kalah!

Enjin ini dibawa ke peringkat seterusnya menerusi penambahan beberapa komponen tingkat kuasa yang bersesuaian. Tak banyak mana, tapi adalah juga. Antaranya kotak udara Mugen, kabel pencucuh NGK R09, pam petrol Walbro, injektor H22A dan regulator Sard. Bagi capaian kuasa yang optimum, sistem pengurusan enjin diserah kepada unit ECU Hondata S300 V3.

Salinan komponen Civic EK9 Type R turut berlaku di bahagian dalaman. Memang ini yang sering diburu ramai. Dari dashboard, meter, stereng Momo, tempat duduk Recaro, panel pintu, konsul tengah, sampai karpet kaki pun diambil dari model yang sama.

Tukaran gear pantas, disumbangkan oleh tuas gear dan tombol gear billet K-Tuned. Sementara aspek pemantuan dibaca jelas dari 3 meter Defi yang tersemat kemas di ruang tengah dashboardnya…

GALERI

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button