Motosikal

MOTOGP: SAYA MEMANG RASA NAK MARAH – DANI PEDROSA

Itulah yang disuarakan oleh Dani Pedrosa sebaik berakhir pusingan MotoGP di Republik Czech. Mahu tak kecewa mamat ni, sudah lah ini musim terakhir sebelum pencen, motor pulak buat hal.

Walaupun mencatat masa terpantas pada sesi ujian Jumaat lalu, Pedrosa jatuh ke tempat ke sepuluh semasa pusingan kelayakan sebelum terpaksa berpuas hati di tempat ke lapan dalam perlumbaan sebenar.

Punca sebenar kekecewaan beliau ialah masalah pecutan yang menghantui jentera beliau sehingga menyebabkan pelumba Repsol Honda itu kerugian 0.2 saat setiap kali memecut keluar dari selekoh.

Pedrosa turut meluahkan kemarahan beliau dengan keadaan motosikal kerana beliau tidak mampu berbuat apa-apa dalam perlumbaan. Beliau juga tidak mampu memecut dengan pantas sewaktu keluar dari selekoh dan kehilangan banyak masa yang berharga.

BACA: SAYA HARAP KESUKARAN DUCATI AKAN BERTAMBAH – VALENTINO ROSSI

Setiap kali beliau memerah pendikit, tayar belakang akan mula menggelongsor dan beliau kehilangan 0.2 saat bila mahu keluar dari selekoh. Beliau sentiasa menghampiri kelompok pelumba hadapan tapi gagal memotong mereka kerana masalah tersebut. Setiap kali selepas brek, Pedrosa akan kembali ketinggalan.

“Sebenarnya dah banyak kali berlaku masalah seperti ini dan sudah agak sukar untuk bangkit kembali bila anda ketinggalan 0.2 saat di setiap selekoh. Ia sebenarnya banyak masa terbuang dalam satu pusingan tapi kami akan terus melakukan ujian untuk mencari jalan mengatasinya” kata Pedrosa.

Bila ditanya kenapa beliau kelihatan begitu laju semasa sesi ujian Jumaat lepas, Pedrosa menjelaskan yang rentak beliau sama sahaja seperti sebelumnya jadi tentu sekali pelumba lain telah memberikan persembahan yang lebih baik.

Rakan sepasukan Pedrosa, Marc Marquez mendapat tempat ketiga manakala Cal Crutchlow dari pasukan LCR Honda  tempat kelima. Pedrosa yang akan bersara hujung musim ini kini berada di tangga  ke 12 dalam pungutan mata MotoGP.

Google ads
Back to top button