Buletin

MOTOSIKAL YAMAHA KINI DENGAN JAMINAN 2 TAHUN @ 20,000KM

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. HLYM) melancarkan program lanjutan jaminan pada semua motosikal keluaran mereka. Buat masa ini, jaminan motosikal hanya terhad pada satu tahun sahaja.

Kaminan baru ini melanjutkan tempoh waranti dua tahun atau perbatuan 20,000 kilometer (mana-mana yang terdahulu)

Ia melibatkan motosikal yang didaftarkan bermula 1 Julai 2019 bagi semua model.

“Menerusi program ini, HLYM berharap dapat meningkatkan tahap keyakinan pengguna di samping mengekalkan persaingan dalam pasaran dan meningkatkan mutu industri secara keseluruhan,” ujar Dato’ Jim Khor, Pengarah Urusan HLYM.

Apa yang dilindungi?

Motosikal yang didaftarkan pada 1hb Julai 2019 dan berikutnya berhak menerima jaminan untuk 2 tahun atau 20,000km. Bateri dan tayar diberi jaminan untuk tempoh 5,000KM atau 6 bulan yang mana terdahulu dari tarikh pembelian.

Bagi tujuan penukaran komponen dan kerja baik pulih akan diterima jika:

  • Pelanggan melakukan servis dan penyelenggaraan mengikut jadual yang dicadangkan (Sila rujuk kepada Owner’s Manual) dan hanya menggunakan alat ganti Yamaha yang tulen (Contoh: minyak pelincir YAMALUBE).
  • Pelanggan harus memastikan motosikal segera dibawa ke Pengedar Sah Yamaha jika terdapat masalah. Sebarang kos bagi menghantar motosikal ke Pengedar Sah Yamaha akan ditanggung oleh pelanggan.
  • Pelanggan wajib menunjukkan rekod servis di dalam buku Jaminan & Kupon Servis bagi tujuan pengesahan. Pihak Yamaha berhak untuk menolak tuntutan jaminan jika anda gagal menunjukkan rekod penyelanggaraan atau rekod penyelengaraan tidak lengkap.

JAMINAN YANG TIDAK TERMASUK;

  • Komponen haus lusuh seperti ranti gegancu, penapis angin, mentol, minyak pelincir, cecair penyejuk, tali sawat, pemberat (skuter), plet klac, cakera brek, bearing, pad brek, palam pencucuh, gasket, fius dan penapis minyak.
  • Penggunaan alat ganti tidak tulen dan minyak pelincir tiruan
  • Motosikal digunakan untuk tujuan lain, terlibat dalam kemalangan, kecuaian pengguna atau penggunaan alat ganti atau aksesori yang tidak dibuat atau disarankan oleh pihak Yamaha di mana akan menyebabkan prestasi dan jangka hayat motosikal terjejas.
  • Bahagian motosikal yang karat atau rosak disebabkan oleh faktor persekitaran (Asid, bahan pencuci, kencing haiwan, air laut, percikan simen), bencana alam (banjir, gempa bumi, kebakaran) atau berpunca bukan dari pihak Yamaha.
  • Bahagian motosikal yang telah diubah suai atau mengalami modifikasi selain dari spesifikasi asal model tersebut atau kerja-kerja pembaikian yang tidak mengikut cara kerja yang tidak betul yang mana akan menyebabkan prestasi dan jangka hayat motosikal terjejas.
  • Motosikal tidak digunakan untuk pertandingan atau perlumbaan dan/atau percubaan untuk membaut rekod baru. Yamaha tidak akan menanggung liability bagi sebarang kos-kos berbangkit atau kerosakkan mana-mana bahagian motosikal.
  • Bagi masalah bunyi enjin, gegaran, penyerap hentakan yang terlalu keras atau lembut tidak termasuk dalam jaminan melainkan menyebabkan kegagalan dan menjejaskan fungsi motosikal.
  • Tidak termasuk kehilangan keuntungan, kos-kos pengangkutan, kerugian masa dan cas pembaikian di kedai luar jika terdapat kerosakkan semasa menunggang.
Tags
Google ads
Back to top button