Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – HI PROTON

Selama ini Brader Karrager kerap membawakan sesi sembang santai bersama kereta. Dan Mekanika satu – satunya web kereta yang memaparkan artikel merapu sedemikian rupa bagi menghilangkan stress pembaca. Nah, kali ini Brader Karrager bawakan pula sesi bersama Hi Proton. Sebuah sistem infotaimen yang cukup canggih.

BK : Hi Proton. How are you

HiProton : Hi BK. I’m fine. Thank you. How about you?

BK : Err, I’m not so fine lah. Got stomach ache.

HiProton. Poor lah you BK. Eating lemang and rendang a lot eh?

BK : Hahaha! I think so lah. Er actually kan, my English is not so good lah. Can you speak in Malay?

HiProton : Huk aloh. Bakpenyo tak royak wii. Ambo nih panda kecek Kelate sikik sikik ja. Tapi kalau nak cakap Bahasa Melayu standard masih ok lagi.

BK : Hah..kan senang boleh cakap Bahasa Melayu. Senang sikit aku nak sembang dengan kau ni. Semenjak akhir akhir ini nama kau Hi Proton ni cukup viral. Dulu mungkin model premium X70 sahaja, tapi sekarang ni model tua macam Exora pun dah ada Hi Proton. Cuba kau kongsikan sikit tentang asal usul kau ni.

HiProton : Rasanya mungkin ramai juga yang tahu mengenai sistem GKU – Geely Smart Ecosystem sebuah sistem infotainmen milik Geely. Ianya dibina oleh ECARX, sebuah syarikat yang didanai oleh Geely sendiri bagi memenuhi kehendak pelanggan Geely yang inginkan sesuatu yang lebih moden dan bergaya ketika memandu. Tapi waktu itu istilah Hi Proton tidaklah digunakan. Mereka menggunapakai Hello Boyue.

BK : Handal juga Geely ni dalam memikirkan pelan jangka panjang.

HiProton : Iyalah BK. ECARX ni mula ditubuhkan pada tahun 2016 dan sekarang ini mereka ada lebih kurang 1100 kakitangan. Bayangkan, untuk hanya sebuah sistem infotainmen sahaja tapi mereka punya tenaga kerja yang bukan calang -calang. Dan setakat ini, ECARX ini telah membekalkan produk kepada Lynk & Co dan juga Proton selain daripada Geely sendiri.

BK : Walaupun ada cakap cakap belakang pasca pengambilan oleh Geely ini, yang pasti penerima manfaat sudah tentulah pembeli Proton. Bayangkan, MPV tua Exora pun dah dilengkapi dengan Hi Proton ni. Bukankah ianya sesuatu yang bagus?

HiProton : Itulah dianya. Kalau sistem yang ada ini pun orang dah rasa kagum, ianya masih ada lagi ruang untuk penambahbaikkan. Tahukah BK di masa akan datang, sistem GKUI ini mampu berhubung terus dengan Peti Ais yang turut mempunyai capaian internet. Senanglah nak check stock ayam ikan dalam peti ais tu. Boleh order online aja sementara masih di dalam kereta.

BK ; Fuh. Canggih. Canggih. Kagum kejap. Apa pun, Aku nak ucapkan terima kasih. Setidaknya, merasalah juga orang marhain nak pakai kereta yang boleh bersembang ni.

HiProton : Saya pun nak ucapkan terima kasih juga kepada rakyat semua yang kembali menyokong Proton. Hihihi!

BACA : SEMBANG SANTAI – JAHAT SANGATKAH IBLIS LORONG KECEMASAN NI?

BACA : SEMBANG SANTAI – APALAH KHABARNYA SI PROTON EXORA

Tags
Google ads
Back to top button