Motosikal

BENARKAH MODENAS 250 SKUTER PALING BERBALOI DIMILIKI?

Modenas baru melancarkan 3 rangkaian skuter petang tadi bertempat di Wisma EON, Glenmarie, Shah Alam. Seperti yang kami pernah siarkan sebelum ini, Modenas telah mendapat hak pemasangan dan edaran Kymco termasuk koloborasi penjenamaan semula model Kymco bagi kapasiti bawah 250cc.

BACA  – MODENAS LANCAR KARISMA, ELEGAN DAN DOWNTOWN

BACA – KYMCO AK50, BAKAL SAINGI T-MAX

Sebagai pembuka tirai, Modenas telah memperkenalkan Karisma 125, Elegan 250 dan Kymco Downtown 250i. Di antara ketiga-tiga model ini kami yakin Elegan 250 adalah pembelian yang sangat berbaloi. Tapi kenapa?

Kami berpendapat, skuter di Malaysia akan mengambil alih sedikit demi sedikit pasaran motosikal mobiliti harian. Namun untuk meredah jalan panjang, lebuhraya dan kesesakan trafik, kita perlukan sebuah skuter yang berkuasa dan selesa.

4_elegan

Berbeza dengan skuter kecil berkapasiti 150cc, ianya enak dipandu dalam bandar tapi bila masuk ke lebuhraya terbuka, sukar untuk mendapatkan kelajuan tinggi yang selamat dan hilang tenaga ketika memotong kenderaan. Ia juga kurang stabil kerana badan dan roda kecil untuk menempuh angin dan tangki bahanapinya juga kecil – sama atau lebih sedikit dari sebuah kapcai.

Modenas Elegan 250 adalah model yang diasaskan dari Kymco Xtown 250. Sudah tentu reliabiliti kini buka lagi satu isu bila anda memiliki jenama skuter terbaik dari Taiwan, kelima terbesar di Eropah dan syarikat sama yang bertanggungjawab membangunkan skuter untuk BMW dan Kawasaki.

Jika anda masih ragu-ragu dengan jenama maka hentikan terus bacaan artikel ini. Terus ke kedai dan cari Yamaha T-Max 530 baru.

Tapi hampir sama mahal dengan sebuah Toyota Vios kan?

Nah, sebab itu kami rasa Modenas Elegan 250 ini adalah pilihan terbaik untuk komuter harian. Ia ada hampir semua yang diperlukan dan paling penting harganya. Kami sejak awal lagi menjangka ia perlu berada sekitar RM13,000 hingga RM15,000 dan nampaknya telahan kami tepat.

Skuter ini dijual pada harga RM12,830. Sangat berbaloi. Dalam segmen ini, saingan terdekat yang ada ialah Sym Evo 250i pada harga RM17,000 dan tak dilupakan Kymco Downtown 250i sendiri (RM21,500). Spesifikasinya hampir serupa, cuma bentuk Sym ni dari dulu memang macam tak berapa nak sukan.

Tapi…kenapa Elegan ni memang berbaloi?

2_elegan

Pada harga yang kompetitif tadi anda akan dapat sifat sebuah maxi yang lengkap.

ENJIN 22HP @ 7,000RPM

Tinggi? Sudah tentu tidak kalau dibandingkan dengan kuasa enjin sebuah sportbike atau naked street bike. Tapi bagi standard sebuah skuter 250cc, ia cukup bagus. Ia hanya kurang 7-8hp berbanding skuter bersaiz 300cc seperti Kawasaki J300 dan NSS300 Forza.

SISTEM SUNTIKAN BAHANAPI

Dalam kelasnya, masih ada skuter yang menggunakan sistem karburetor tetapi Elegan 250 menggunakan sistem suntikan bahanapi elektronik. Sudah tentu lebih menjimatkan berbanding sistem campuran udara-petrol oleh karburetor.

TANGKI BAHANAPI 12.5 LITER

Ya. Ia dilengkapi tangki hampir 3 kali ganda besar motor kapcai biasa. Anda boleh lakukan perjalanan jauh tanpa perlu kerap berhenti mengisi minyak. Tangki yang besar memang sesuatu yang diidamkan oleh kaki overlander dan konvoi. Tak perlu risau kalau nak ke Krabi atau Phuket.

Kalau anda berulang alik dari Semenyih ke KL tak perlu isi petrol setiap hari.

IA SEBUAH SKUTER

Pelana lebar, empuk, tebal dan selesa berbanding naked dan kapcai. Sifat lain sebuah skuter ialah transmisi automatik, tak perlu menukar gear dan juga ruang simpanan bawah kerusi yang besar.

TAK PERLU LESEN B

Ini yang selalu saya tekankan dalam apa juga bentuk produk motosikal yang akan dijual di Malaysia. Antara sebab J300, Downtown 300, Forza 300 dan SR-MAX 300 “tersekat” dalam pasaran ialah ialah audiens pembelinya terhad kepada pemegang lesen B dan B1.

Dengan Modenas 250cc, anda cuma perlu ada lesen B2. Tak perlu upgrade pun.

Di bawah adalah spesifikasi penuh Elegan 250.

ENjin
Jenis SOHC, Sejukan cecair, 4 lejang
Sesaran 249.1cc/ 72.7mm X 60mm
Kuasa 16.5Kw @ 7000rpm / 22.1hp
Pembakaran Suntikan bahanapi elektronik
Transmisi CVT
KERANGKA
L x W x H 2235 mm x 810 mm x 1375 mm
Jarak roda 1540 mm
Tangki bahanapi 12.5 Liter
Tayar Depan: 120/80-14”, blkg: 150/70-13”
Brek Disc FR 260 mm, Disc RR 240 mm
Suspensi FR: Teleskopik, RR: Trailing Swing Arm

 

 

Google ads
Back to top button