Motosikal

BENELLI TRK 502 TOURING, SI BADAN BESAR 500CC, BAWAH RM30K BOLEH?

Nampak macam besar. Ya. Memang motosikal adventur terbaru Benelli ini kelihatan gagah perkasa. Ia rangkaian terbaru yang akan diperkenalkan di pameran motosikal EICMA, Itali minggu depan.

Padahal, ia hanya dikuasakan oleh enjin 2 selinder 500cc dengan 47 kuasa kuda. Tapi jika ia adalah jenama Itali, rekabentuk mestilah lebih stailo. Muncung hadapan ala BMW GS, lampu hadapan dengan mata yang “sepet” seperti Ducati Multistrada.

benelli-trk-7

Ia memang dikelaskan untuk adventur dan touring. TRK 502 ini datang dengan tangki 20 liter yang berupaya menyuapkan bahanapi pada enjin 2 selinder 69mm X 66.8mm.

Enjin DOHC, 4 injap ini berkuasa 47 kuasa kuda pada 8,500rpm dan 33 paun tork pada 5,000rpm yang dipacu kotak transmisi 6 kelajuan.

Ketinggian pelananya 800mm dengan kedudukan tangkin tinggi dan pembias angin hadapan lebar, memang direka untuk perjalanan jauh.

benelli-trk-4

Motosikal ini dibina dengan kerangka jenis trellis berwarna hitam, suspensi depan USD 135mm yang boleh dilaras sepenuhnya depan dan belakang. Brek pula angkup 4 omboh di depan denngn cakera 320mm sementara belakang angkup dengan omboh tunggal dan cakera 260mm. Ia datang dengan sistem ABS sebagai peralatan standard.

Motosikal ini akan mula dijual pada suku pertama 2017. Harga jualannya akan diumumkan pada pameran EICMA nanti.

Kalau masuk sini memang terbaik lah. Jual harga bawah TNT600. Macamana?

Kami percaya, ia boleh dilakukan kerana dalam segmen ini di Malaysia hanya ada Honda CB500X yang dijual pada harga RM33,000.

 

 

 

benelli-trk-7benelli-trk-6 benelli-trk-5

benelli-trk-3 benelli-trk-2 benelli-trk-1

Google ads
Back to top button